Sabtu, 18 Disember 2010

PENCURI BERMAHARAJA LELA, POLIS BUAT APA?

PETANI KECEWA.

SUDAH banyak kali buah kelapa sawit saya di Kampung Segangan Ulu, 24 kilometer daripada Lahad Datu, dicuri orang dan telah dua kali laporan polis yang saya buat dan hanya sekali polis berjaya menangkap pencuri berkenaan tetapi dilepaskan tanpa sebarang pertuduhan.

Kelmarin dulu, sekali lagi buah kelapa sawit saya dicuri orang yang samadan rakan-rakannya di hadapan mata saya dan mereka bertempiaran lari ketika saya tiba, namun polis meminta saya membuat laporan baru sedangkan laporan lama belum selesai.

Mungkin kerana harga buah kelapa sawit terlalu mahal sehingga tidak menyangka manusia yang sebelum ini baik tiba-tiba menjadi pencuri dan pegawai penyiasat hanya tersenyum setiap kali saya membuat laporan dan mempunyai banyak masa untuk bercuti bersama keluarga.

Hasrat kerajaan untuk membasmi kemiskinan di luar bandar hanya menjadi sia-sia sekiranya pencuri bebas melakukan jenayah dan polis memberi pelbagai dalih untuk tidak menjalankan tugas mereka.

Dengan tanah 15 ekar itulah saya menyara keluarga dan ibu tua yang uzur, tetapi jika semua buah kelapa sawit saya dicuri dan pokok dirosakkan; apa lagi yang dapat saya lakukan untuk menyara keluarga saya?

Sehubungan itu, saya berharap agar Ketua Polis Daerah Lahad Datu bekerja keras untuk membasmi jenayah dengan memberi tumpuan kepada kes kecurian kelapa sawit kerana melibatkan ramai mangsa dan jangan menjadikan alasan kakitangan bawahannya bahawa ‘buah sawit tidak ada trademark atau nama saya’ sebagai alasan untuk melepaskan pencuri yang telah ditangkap.

Mungkin tiba masanya pekebun kecil seperti saya menembak mati pencuri kerana jika diserahkan kepada polis akan dilepaskan juga akhirnya.

Namun saya masih percaya kepada undang-undang dan Hukum karma tetap berjalan dan saya harap agar polis yang tidak amanah dan pencuri durjana kembali ke pangkal jalan sebelum dihukum Tuhan di dunia ini kerana ingatlah bahawa doa orang yang teraniaya akan sampai ke sidratul muntaha dan dimakbulkan Allah.

Selamat Bertaubat,


33 ulasan:

zam berkata...

harap pekara ini diberikan perhatian oleh semua pihak terutamanya pihak Polis.

zam berkata...

kegiatan mencuri kelapa sawit ini perlulah dibendung kerana ia boleh menyebabkan kerugian kepada pengusaha kelapa sawit berkenaan.

Tanpa Nama berkata...

pencuri itu perlu ditahan dan dibawa kemuka pengadilan. pihak polis perlu ambil peranan.

onong berkata...

Polis harus meningkatkan kualiti kerja mereka.

Nemia berkata...

Police will do their jobs in a good way.

Tanpa Nama berkata...

terdapat banyak aduan berkenaan dengan salah laku polis di bahagian pantai timur Sabah. bukan sahaja yang terlibat dengan rasuah malah ada yang bertindak melindungi penjenayah tapi menindas rakyat biasa serta malas melakukan kerja. sikap polis seperti ini perlu diambil perhatian serius sebelum tindakan mereka ini mengundang bencana yang lebih teruk di Sabah.

Tanpa Nama berkata...

jangan salahkan rakyat jika mereka mengambil tindakan sendiri yang membelakangkan undang2. jika mengharapkan polis tapi pihak polis tidak melakukan apa2, mungkin itulah saja lah langkah terbaik bagi melindungi periuk nasi mereka.

mike berkata...

apa yang polis di kawasan tersebut lakukan?

mike berkata...

jangan salahkan rakyat sekiranya mereka terpaksa mengambil tindakan drastik bagi memastikan kecurian tidak berlaku lagi..

mike berkata...

pihak polis harus menjalankan tugas mereka dengan bertanggungjawab..jangan dibiarkan kes seumpama berlarutan..

mike berkata...

diharap aduan dan keluhan petani ini didengar dan tindakan yang berpatutan diambil bagi memastikan kecurian tidak lagi berlaku..

Paquin berkata...

Adakah p mencuri sawit orang lain... Sama2 cari makan, mahu juga ikut shirt cut!! huhu

Paquin berkata...

Ya zam. kegiatan ni harus dibendung, jangan dibiarkan saja nanti melarat pula.. huhu

Paquin berkata...

Dalam hal ni, pihak polis haruslah ambil tindakan. Kadangkala saya sendiri pun hairan apa peranan polis??

Paquin berkata...

Bukannya memandang rendah kredibiliti polis tapi k/kala prosuder kerja mereka terlau complicated sehingga menimbulkan tanggapan bahawa polis ni jalankan tugas sambil lewa ja.

Paquin berkata...

Apapun saya harap, pihak polis memberi penjelasan terhadap hal ni kerana saya yakin pasti ada alasan yg munasabah utk mereka berbuat sedemikian.

mandau berkata...

lebih baik polis bertindak segera sebelum petani2 tersebut membuat tindakan mereka sendiri.

Bujang Senang berkata...

Jika laporan sudah dilakukan tolong buat siasatan susulan. Jangan buat tidak tahu perkara ini.

Unknown berkata...

Polis seharusnya selalulah membuat rondaan dikawasan yang selalu menghadapi masalah. Bukankah memang ini tugas polis untuk membasmi jenayah.

Hosie Masie berkata...

Kalau polis masih bersikap demikian memang kualiti perkhidmatan polis tidak ada mutu langsung. Aduan dan laporan dibuat oleh mangsa tapi tindakkan tidak dilaksanakan.

Velove berkata...

Ada baiknya jika sistem perhubungan dapat dijana dengan baik.

wake berkata...

A special task force is needed here.

Anak Sabah berkata...

Pihak polis perlu meningkatkan usaha untuk membanteras masalah jenayah.

Anak Sabah berkata...

Jangan memberikan imej yang tidak baik kepada pihak polis. Berusahalah.

nickko berkata...

jika laporan itu masih tidak diambil peduli, baik buat laporan terus kepada ketua polis negara dan minta semua polis di pantai timur Sabah dilucutkan jawatan atau dipindahkan. sebagai anggota polis, mereka sepatutnya bertanggungjawab melindungi orang awam serta sama2 menjaga imej polis di negara ini.

Mohd Ishak berkata...

Pencuri-pencuri ini patut diberikan sedikit pengajaran. Harap polis akan membantu menangani masalah ini.

kb girl berkata...

Jika kes begini tidak mampu diselesaikan, apa yang kita mahu harapkan pada polis kita?

Unknown berkata...

Barangkali kes ini masih dalam siasatan. Mungkin suspek akan ditahan tidak lama lagi.

Unknown berkata...

Harga buah kelapa sawit melonjak tinggi, pencuri pun melonjak tinggi.

Unknown berkata...

Tiada pihak yang boleh mengatasi undang-undang. Polis disaran lekas bertindak cari pencuri ini supaya kepentingan rakyat dilindungi.
Inilah tanggungjawap polis.

captain berkata...

Bermaharajarela cuma buat suatu masa yang singkat, pasti pencuri ini akan ditangkap.

Antanum berkata...

Kenapa polis bersikap demikian? sikap polis ini hanya akan mencemar nama baik dan juga mendorong rakyat untuk tidak meletakkan kepercayaan mereka terhadap polis. Jabatan berkaitan harus memandang kes ini serius kerana ini melibatkan jenayah.

Unknown berkata...

Tugas jangan dilupa. Amanah jangan diabaikan.
Kepentingan dan keselamatan rakyat jangan diketepikan.