Khamis, 4 November 2010

PRK Galas: Ku Li tepis dakwaan politik wang


kuli0063kota-bharuOleh Teoh El Sen

GUA MUSANG: Pengarah Pilihan Raya Barisan Nasional (BN) Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah (Ku Li) menolak dakwaan terbaru bahawa pekerja Umno memberi wang tunai dan lain-lain bentuk buah tangan pada dua hari sebelum pilihan raya kecil DUN Galas.

Mengenai perkara ini, beliau yang juga ahli parlimen kawasan itu dengan tenang menjawab, "Benarkah begitu? Saya tidak tahu, saya tidak berada di sana."

Ketika disoal kenapa beliau tidak mempertahankan dirinya dari beberapa tuduhan yang dilemparkan hingga boleh mempengaruhi para pengundi, Ku Li berkata, beliau hanya menjawab perkara yang benar dan tidak akan melayan perkara-perkara yang berbentuk tuduhan.

"Biar mereka bercakap. Jika mereka mahu menyerang. Biarkan mereka. Semua itu tidak benar. Jika benar, saya akan jawab. Kita tidak beri wang, jika kami berbuat demikian kami akan mengakuinya, tapi kami tidak melakukannya.

"Saya tidak pernah bermain politik wang," katanya kepada pemberita pada jamuan makan malam Deepavali di Bukit Cekati malam tadi.

Apabila ditanya mengenai peluang kemenangan bagi BN, Ku Li tersenyum dan berkata, "50-50".

Serangan baru-baru ini termasuk daripada penasihat jawatankuasa pilihan raya negeri PAS, Wan Abdul Rahim Wan Abdullah yang menamakan Ku Li sebagai punca utama kenapa proses pemberian hak milik dan deed tanah begitu lambat di Galas.

Wan Rahim mendakwa Ku Li menyembunyikan fail-fail di mana Ku Li dakwaan itu sebagai satu pembohongan.

Menyentuh mengenai mood perjalanan pilihan raya yang lembab, Ku Li berkata beliau suka stail pilihan raya berjalan sebegitu.

"Saya lihat para pekerja kita bersemangat, ya….mungkin terdapat beberapa masalah kerana ramai orang yang terlibat. Tapi terdapat kerjasama yang baik dan kami bersatu dalam menjalankan kempen.

"Kami mengambil pendekatan sederhana. Kami mengadakan ceramah, perbualan ringkas dan membuat lawatan rumah ke rumah. Kami tidak menganggu rakyat. Polis pun tidak banyak terlibat dan tidak ada kesesakan lalu lintas.

Kami membawa harmoni kepada rakyat," kata Ku Li, menambah, pada masa depan seharusnya ada siaran radio dan televisyen bagi menggantikan ceramah.

"Ini zaman moden dan era maklumat. Mungkin sekali sekala kita boleh datang dan menyapa para pengundi…..ini cara baru dipraktikkan di negara-negaa moden. Tidak perlu kepada cara lama yang boleh membebankan rakyat," katanya.

Tiada ulasan: