Sabtu, 13 November 2010

PKR akan muncul kuat

SINAR HARIAN ONLINE

SHAH ALAM – Pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) yakin krisis yang melanda parti sebenarnya adalah proses untuk mematang dan memantapkan jentera parti pada masa depan.

Pengerusi PKR Pahang, Datuk Fauzi Abdul Rahman berkata, beliau atur pertemuan calon Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Badrul Hisham Shaharin semalam dengan Presiden, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail untuk jelaskan pandangan orang muda terhadap konflik parti.

Beliau yakin krisis yang melanda sekarang akan berakhir tidak lama lagi dan PKR akan menjadi sebuah parti yang kuat.

“Dalam pertemuan itu, Presiden akui memang ada kelemahan dalam pemilihan parti sekarang. Ia adalah kerana pemilihan ini adalah yang pertama kali dibuat secara satu ahli, satu undi.

“Kita juga ada 220 cabang seluruh negara, malah masalah logistik dan keluasan yang luas di Sabah dan Sarawak juga menyukarkan kita, selain kos,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian semalam.

Katanya lagi, Presiden juga komited untuk membaiki kelemahan pemilihan pusat 2010 supaya tiada lagi ketidakpuasan berlaku.

“Perjumpaan ini amat baik, walaupun Presiden luangkan masa sejam, dua-dua pihak memahami keadaan sekarang,” katanya.

Badrul Hisham dalam ‘Himpunan Anak Muda Selamatkan Keadilan’ malam kelmarin melantik Fauzi sebagai ‘orang tengah’ untuk membawa resolusi itu kepada pucuk kepimpinan.

Pertemuan yang disertai sekitar 200 ahli AMK, penyokong Badrul Hisham meluluskan enam resolusi antaranya dipercayai mendesak parti adakan semula pemilihan sebagai langkah keluar daripada isu semasa yang beliau sifatkan sebagai ‘krisis’.

Resolusi itu antara lain menggariskan siri tindakan untuk diambil setiap hari sekiranya permintaan menangguhkan pemilihan dan memperbaiki segala kelemahan dalam proses tidak diatasi.

Jawatan ketua AMK disaingi penyandang Shamsul Iskandar Mohd Akin dan Badrul Hisham di mana saingan jawatan Ketua Angkatan Muda Keadilan masih didahului Shamsul Iskandar dengan 1,455 undi manakala Badrul Hisham mengekori rapat dengan 1,428 undi

20 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

jika masalah tak selesai2, bagaimana PKR nak menjadi parti yang kuat.

joey berkata...

sebelum PKR bercita-cita untuk menjadi lebih kuat mereka seharusnya menyelesaikan masalah dalaman mereka terlebih dahulu. bagaimana PKR boleh menjadi kuat jika penyelesaian terhadap masalah dalaman gagal dilakukan..

joey berkata...

konflik yang telah berlaku sebenarnya telah menampakkan kelemahan ahli dan PKR sendiri. penyelesaian yang lambat juga menyebabkan masalah yang berlaku menjadi semakin besar.

Tanpa Nama berkata...

maknanya PKR masih belum layak menubuhkan kerajaan baru kerana PKR masih dalam proses mematangkan dan memantapkan parti. jika rakyat memberikan kepercayaan kepada mereka, sudah tentu negara akan berhadapan dengan masalah yang lebih besar.

mike berkata...

akan menjadi kuat sekiranya Anwar berundur dan bersara..demikian juga kepada presiden PKR itu sendiri.

mike berkata...

selagi ada anwar selagi itu PKR lemah..buat apa mahu undi parti yang lemah? mengapa perlu memberi mandat mentadbir negara kepada parti yang lemah?

Hosie Masie berkata...

PKR mungkin sedang bermimpi di siang hari mengatakan bahawa PKR muncul kuat. Sekarang kita boleh lihat sendiri PKR berada dalam ambang kejatuhan. Anuwar tidak adil dengan pemerintahan beliau dengan pemimpin lain.

mike berkata...

ahli PKR fikir-fikirkanlah..

mike berkata...

zaid mungkin akan keluar dari PKR. bagaimana dengan ahli2 yang lain?

Tanpa Nama berkata...

perbezaan akaun kerajaan negeri Selangor semasa pemerintahan BN dan Pakatan.

- 2006 KERAJAAN BN
(baki akaun kerajaan negeri RM 72.51 juta)

- 2007 KERAJAAN BN
(baki akaun kerajaan negeri RM 131.88 juta)

- 2008 TRANSISI KERAJAAN DARI BN KE PAKATAN
(baki akaun kerajaan negeri RM 49.1 juta)

- 2009 KERAJAAN PAKATAN
(baki akaun kerajaan negeri..DEFISIT/RUGI RM 65.96 JUTA)

mengurus parti mereka tidak mampu, menguruskan negeri Selangor pun mereka tidak mampu.. bagaimana pula dengan satu negara??

elia berkata...

Selagi ada yang menyokong selagi itu akan bertahan tapi untuk menjadi hero saya rasa jauh sekali.

kb girl berkata...

Pihak yang rasa gembira atas huru-hara yang berlaku dalam PKR tidak seharusnya merasa begitu. Lihat dalam sejarah, pemimpin yang unggul lahir dari keadaan yang amat susah kerana Tuhan menguji ketabahan pemimpin yang dipilihnya sendiri.
https://www.blogger.com/comment.g?blogID=1021528901169157883&postID=2005292071299843857

Unknown berkata...

Jika pergelutan dan perebutan kuasa dalam PKR berlanjutan, tiada sebab PKR akan terus kuat.

Unknown berkata...

Mungkin akan jadi kuat, mungkin juga lemah dan lenyap.

Unknown berkata...

PKR akan muncul kuat? Benarkah ia akan berlaku atau akhirnya ia cuma fantasi penulis semata-mata?

Unknown berkata...

Kuat? Terlalu optimistik. mungkin PKR lesap di arena politik Malaysia.

captain berkata...

Kenyataan bahawa PKR akan kuat akan diuji pada PRU 13 akan datang.

Unknown berkata...

PKR akan muncul kuat apabila masalah dalaman PKR dapat diselesaikan.

Unknown berkata...

Apapun, kita tunggu dan lihat sahajalah parti mana yang akan menang dalam PRU13 nanti.

Anak Sabah berkata...

Hanya bila PKR mampu menyelesaikan krisis dalaman mereka barulah mereka akan muncul kuat.