Sabtu, 6 November 2010

Kita lunas dalam PRU nanti – Wan Azizah

Harakahdaily

KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat akan melunaskan dalam pilihan raya umum akan datang ekoran kekalahan kepada BN pada pilihan raya kecil Parlimen Batu Sapi dan Dun Galas.

Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata, meskipun terpaksa berhadapan dengan sogokan pengundi, penyalahgunaan jentera dan dana kerajaan, dan serangan bertubi-tubi media arus perdana, Pakatan Rakyat tetap mencatatkan keputusan yang memuaskan.

Keputusan semalam, katanya menyaksikan undi golongan muda kepada Pakatan Rakyat meningkat di kedua-dua kerusi Batu Sapi dan Galas.

Ini juga, ujarnya yang diperlihatkan secara konsisten dalam 7 kemenangan Pakatan Rakyat dalam siri-siri pilihan raya kecil usai 2008 lagi.

“Saya merakamkan setinggi-tinggi tahniah buat jentera pilihan raya yang begitu komited dan bertungkus-lumus bekerja tanpa mengenal penat lelah demi memastikan kemenangan calon-calon Pakatan Rakyat.

“Tewas bukan bererti kita harus akur pada situasi semasa, hakikatnya ia menjadi satu ruang untuk kita memperkemaskan jentera dan juga mengenal pasti kekurangan yang perlu ditambah baik,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sekalung tahniah buat para petugas Keadilan khususnya dan Pakatan Rakyat amnya di Batu Sapi dan Galas, katanya.

Tambahnya, kepada rakyat yang memberikan undi kepada PKR di Batu Sapi, sokongan mereka dihargai sepenuhnya.

Menurutnya, ia jelas membuktikan bahawa Sabah, meskipun disebut sebagai ‘fixed deposit’ bagi BN, bukan lagi tapak selesa bagi mereka.

“Insya Allah kita lunaskan dalam pilihan raya umum akan datang,” ujarnya.

19 ulasan:

zam berkata...

semua parti pasti berusaha untuk memenangi PRU nanti. tunggu dan lihat sajalah. rakyat pasti tahu apa yang terbaik untuk mereka.

Hosie Masie berkata...

Mungkin Rakyat lebih mengenali BN yang telah bersungguh-sungguh untuk menjadikan 1 Malaysia satu kejayaan untuk mreka. PR yang hanya tahu mencari masalah tapi tidak tahu untuk membantu rakya memyebabkan kekalahan di dua tempat ini Batu Sapi dan Galas. Apa pun, PRU 13 akan datang kita akan lihat ditahap mana kekuatan BN untuk menahan serangan dari PR.

Hamdan Hadillah berkata...

Mungkin kemenangan BN di Batu Sapi ini jangan disia-siakan oleh BN. Kerana ingat rakyat boleh berubah fikiran. Mungkin PR akan berusaha lebih untuk menawan Sabah. Jadi BN haruslah memberikan tumpuan sepenuhnya di negeri ini supaya tidak akan jatuh ketangan PR.

mandau berkata...

semua parti perlu membuat persediaan rapi bagi menghadapi pilihanraya umum tak lama lagi.

Sanih Alias berkata...

Rakyat penentu untuk semua ini. Jadi apa yang perlu ialah lebih usaha untuk menawan hati rakyat. BN teruskan usaha demekian jangan lalai dengan kekayaan dan kuasa. Kerana inilah yang boleh menyebabkan kita tewas.

Mei berkata...

“Tewas bukan bererti kita harus akur pada situasi semasa, hakikatnya ia menjadi satu ruang untuk kita memperkemaskan jentera dan juga mengenal pasti kekurangan yang perlu ditambah baik,”

Diharapkan kekalahan PR dalam pilihan kecil ini dapat memberi mereka semangat untuk berusaha dengan lebih tekun untuk membaiki kelemahan mereka.

Mei berkata...

Apa2x pun, semua parti harus bersiap-sedia untuk PRU-13 yang mungkin akan datang tidak lama lagi. Good luck!

Anak Sabah berkata...

Selamat berjuang Wan Azizah.

Anak Sabah berkata...

PRU-13 semakin hampir, diharapkan setiap Parti akan bersedia menghadapi cabaran.

nickko berkata...

biasalah, bila kalah mesti ada pihak yang tidak puas hati. kemudian buat tuduhan itu ini semata2 untuk menyembunyikan kelemahan mereka. sepatutnya PR menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat dengan menerima kekalahan ini dan mengakui kelemahan yang ada..

nickko berkata...

PR perlu melihat kejayaan BN merampas Galas dari PAS sebagai bukti wujudnya kelemahan dalam Pakatan bukan atas faktor sogokan atau salahguna jentera. daripada terus melemparkan tuduhan, lebih baik PR menggunakan masa yang ada ini untuk memperbaiki dan mengukuhkan semula Pakatan.

madd berkata...

tidak kira BN atau PR, kedua-duanya perlu lebih bekerja keras selepas ini.

Tanpa Nama berkata...

kemenangan BN menjadi pengukur kekuatan Bn dalam menghadapi PRU13.

Antanum berkata...

Jika ingin undi lebih kerja kena lebih.

mike berkata...

kemenangan di batu sapi dan galas tidak menggambarkan sepenuhnya senario politik negara dan trend pengundi..yang pasti kemenangan tersebut memberikan impak positif kepada BN.

mike berkata...

rakyat makin faham dan menerima konsep gagasan 1Malaysia..oleh itu, BN harus memantapkan lagi jentera mereka untuk mendekati rakyat lebih2 lagi kemungkinan di mana PRU akan diadakan pada bila2 masa.

mike berkata...

BN tidak harus leka di atas kemenangan di batu sapi dan galas..bahkan BN perlu melipat gandakan usaha memenangi hati rakyat dan terus fokus kepada penyelesaian isu2 rakyat,.

mike berkata...

kekalahan di batu sapi dan galas memberikan suatu impak kepada semua parti yang bertanding untuk melakukan pembaikan..oleh itu, BN harus lebih ke depan berbanding dengan pembangkang agar pada PRU nanti akan menang seperti di batu sapi dan galas.

Gopuk berkata...

Perbaiki dan banyakkan beramal untuk rakyat.