Sabtu, 6 Februari 2010

Choo Keong nafi sertai BN

BERITA HARIAN ONLINE


KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Wangsa Maju dari Parti Keadilan Rakyat (PKR), Wee Choo Keong membidas tindakan Ahli Parlimen Jelutong dari DAP, Jeff Ooi yang mendakwa empat Ahli Parlimen PKR akan melompat parti menyertai Barisan Nasional (BN).

Sambil menyifatkan kenyataan Ooi sebagai sikap semula jadi pemimpin DAP yang bermain politik pelabelan sekiranya pemimpin mereka berhadapan masalah, Wee menafikan beliau seorang daripada empat Ahli Parlimen terbabit.

Berikutan itu, beliau memberi masa 48 jam kepada Ooi untuk memohon maaf, jika tidak akan mengambil tindakan susulan termasuk membawanya ke mahkamah.

“Saya menafikan tuduhan itu dan tidak ada niat untuk menyertai mana-mana parti komponen BN atau pro-BN,” katanya kepada media di pejabatnya di sini, semalam.

Tiada ulasan: