Bernama
Dr
Azlan berkata Perkeso juga mengalu-alukan penyertaan daripada semua
kemudahan jagaan kesihatan swasta untuk mengambil bahagian dalam program
saringan COVID-19 bagi pekerja asing ini. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) menyarankan pihak klinik dan
hospital supaya mengenakan caj perkhidmatan minimum kepada majikan yang
berhasrat membuat ujian saringan COVID-19 bagi pekerja asing mereka.
Ketua
Bahagian Pencegahan, Perubatan dan Pemulihan Perkeso, Dr Azlan Darus
berkata pihaknya hanya membiayai pembelian kit saringan, manakala caj
perkhidmatan ditentukan sendiri oleh pihak klinik serta hospital.
"....Perkeso
menyarankan agar pihak klinik dan hospital dapat mengenakan kos yang
minimum kepada majikan, kerana ini merupakan sebahagian daripada
inisiatif tanggungjawab sosial mereka bagi mengekang penularan wabak
COVID-19," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Bernama
sebelum ini melaporkan Kementerian Sumber Manusia (KSM) akan
melaksanakan Program Saringan COVID-19 Bagi Pekerja Asing secara
bersasar berdasarkan lokaliti zon merah yang mempunyai kepadatan pekerja
asing yang tinggi, bermula 1 Dis lepas (Selasa).
Dr
Azlan berkata susulan pengumuman Menteri Kanan (Kluster Keselamatan)
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 27 Nov lepas, Perkeso hanya akan
membiayai pembelian kit saringan RTK-Antigen dan tidak lagi menyediakan
subsidi saringan ataupun menerima tuntutan bayaran daripada majikan,
klinik mahupun hospital dalam program saringan pekerja asing itu.
Katanya
bagi memastikan kos ujian saringan dapat dikurangkan, Perkeso telah
mendapatkan bekalan kit saringan terus daripada pembekal dan
mengedarkannya kepada klinik serta hospital yang menyertai program
berkenaan.
"Ujian saringan yang
dijalankan dengan kolaborasi bersama klinik dan hospital ini juga
diharap boleh mengurangkan kos ujian saringan yang perlu ditanggung oleh
pihak majikan," katanya.
Selain itu, Dr
Azlan berkata Perkeso juga mengalu-alukan penyertaan daripada semua
kemudahan jagaan kesihatan swasta untuk mengambil bahagian dalam program
saringan COVID-19 bagi pekerja asing ini.
"Bagi
klinik atau hospital yang berminat, bolehlah mendaftar di
sihat.perkeso.gov.my. Untuk pendaftaran yang berjaya, Perkeso akan
membekalkan kit saringan dan seterusnya akan memantau proses pelaksanaan
ujian saringan tersebut.
"Klinik dan
hospital swasta yang mengambil bahagian perlu mematuhi syarat yang telah
ditetapkan oleh Kemeneterian Kesihatan bagi pelaksanaan ujian saringan
RTK-Antigen," katanya.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan