Bernama
Padli
(kiri) berkata pemberian telefon pintar itu amat membantu dan
memudahkan
proses pembelajaran Nurirdina kerana sebelum ini anaknya
menggunakan telefon
miliknya dan berkongsi dengan adiknya apabila mahu
membuat tugasan sekolah.
- Astro AWANI
KEPALA BATAS:
Gembira, lebih fokus dan selesa untuk belajar di rumah malah akan lebih
mudah membuat tugasan diberikan guru, demikian reaksi Nurirdina Padli,
murid Tahun Lima Sekolah Kebangsaan (SK) Pokok Sena di sini selepas
menerima sumbangan telefon pintar daripada pihak sekolahnya semalam.
Nurirdina
berkata sebelum ini dia menggunakan telefon pintar ayahnya dan terpaksa
berkongsi dengan adiknya untuk mengikuti pembelajaran dalam talian yang
menyebabkan mereka sukar fokus dan kadang kala terlupa menyiapkan
latihan diberikan guru.
"Alhamdulillah...rasa
gembira dan bersyukur sangat dapat telefon bimbit oleh pihak sekolah
kerana selepas ini saya boleh fokus sepenuhnya tanpa ada sebarang
gangguan lagi, termasuk berkongsi dengan adik untuk belajar dalam
talian.
"Saya sebenarnya tidak mahu
menyusahkan keluarga terutama ayah untuk membeli telefon bimbit lain,
lagipun kami bukan dari keluarga yang berkemampuan kerana ayah pun hanya
berniaga kecil-kecilan... sekarang ini perniagaannya juga agak merosot
selepas COVID-19," katanya kepada pemberita ketika ditemui dalam program
penyerahan gajet berkenaan secara pandu lalu, di sini, semalam.
Majlis
penyerahan dilakukan Guru Besar SK Pokok Sena Mohd Zubir Mat Zain dan
Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) sekolah itu Zamri Ali.
Pihak
sekolah mendapatkan bantuan telefon pintar tersebut dari sebuah badan
bukan kerajaan (NGO) untuk diberikan kepada beberapa murid kurang
berkemampuan.
Sebanyak
lima unit telefon pintar diberikan secara percuma kepada murid
berpotensi dan berjaya mengharumkan nama sekolah berkenaan, tiga lagi
murid sekolah itu juga menerima tablet yang dipinjamkan kepada mereka
bagi mendapatkan akses maklumat untuk mewakili sekolah dalam beberapa
pertandingan yang dianjurkan secara dalam talian.
Bapa
Nurirdina, Padli Musa,47, berkata pemberian telefon pintar itu amat
membantu dan memudahkan proses pembelajaran anak ke empat daripada lima
beradik tersebut kerana sebelum ini anaknya menggunakan telefon miliknya
dan berkongsi dengan adiknya apabila mahu membuat tugasan sekolah.
Sebagai
peniaga, katanya beliau tidak sentiasa berada di rumah dan bimbang
pembelajaran anaknya akan terganggu kerana tidak mempunyai telefon
sendiri.
"Saya berasa bertuah dan
Alhamdulillah dapat telefon untuk anak hari ini, sebelum ini anak-anak
terpaksa berkongsi dan kebetulan telefon saya pun ada masalah tapi
mereka terpaksa guna juga sebab tiada telefon lain...saya memang ada
perancangan untuk beli tapi belum mampu," katanya.
Sementara
itu, Mohd Zubir berkata, pihak sekolah berterima kasih atas sumbangan
yang diberikan oleh pihak NGO tersebut yang akan menyuntik semangat
pelajar mengikuti pembelajaran dalam talian.
-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan