Khamis, 3 Disember 2020

Diganggu rakan mabuk, lelaki lari ikut tingkap ,

 Oleh KHAIRUL MOHD ALI

JOHOR BAHRU: Seorang lelaki warga Indonesia bertindak memanjat keluar tingkap dari tingkat enam sebuah pangsapuri hari ini kerana diganggu rakan serumah yang mabuk.

Dalam kejadian berlaku di Bukit Indah itu, anggota bomba mengambil masa kira-kira dua minit untuk memujuk mangsa berusia 32 tahun agar kembali memasuki rumah.

Komander Operasi, Pegawai Bomba Kanan II, Mohd. Azlan Ramli berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung perkara itu pada pukul 7.28 pagi.

Katanya, lapan anggota beserta sebuah jentera dikejar ke lokasi kejadian.

“Ketika tiba di lokasi, didapati seorang lelaki warga Indonesia telah keluar tingkap di tingkat enam sebuah kediaman.

“Siasatan mendapati mangsa bertindak sedemikian selepas diganggu rakan serumah yang mabuk,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tambah beliau, anggota bomba kemudian mengambil masa kira-kira dua minit untuk memujuk mangsa agar kembali memasuki rumah.

“Operasi menyelamat ini ditamatkan pada pukul 7.58 pagi selepas memastikan keselamatan mangsa,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: