Sabtu, 5 Disember 2020

Budak terjatuh dari tingkat empat

Samadi Ahmad

BUDAK perempuan cedera selepas terjatuh dari tingkat empat apartment. FOTO ihsan polis

Putrajaya: Kanak-kanak perempuan terjatuh dari ketinggian tingkat empat kuarters perumahan penjawat awam di Presint 11, di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Mohd Fadzil Ali berkata, kejadian berlaku pada 5.20 petang ketika mangsa bermain di koridor apartment berkenaan.

Fadzil berkata, mangsa Nur Alya Maisarah Kamarulfaizal, 10, difahamkan sedang bermain di koridor dengan membaling botol.

Menurut beliau, botol itu terkeluar dari koridor ke sebelah tembok lalu mangsa mengambil kerusi untuk memanjat tembok bagi mengambil botol itu.

Katanya, mangsa hilang kawalan lalu terjatuh dari tingkat empat ke kawasan parkir motorsikal di apartment berkenaan.

"Mangsa mengalami patah tulang selangka kini dalam keadaan stabil dan dirawat di Hospital Putrajaya".

"Pihak hospital turut memaklumkan berkemungkinan tulang belakang dan tulang rusuk mangsa patah dan masih menunggu keputusan daripada doktor," katanya ketika dihubungi hari ini.

Ketika kejadian, bapa mangsa yang juga seorang anggota polis sukarelawan di IPD Putrajaya berada di rumah, manakala ibu mangsa sedang bekerja.

Tiada ulasan: