KUALA LUMPUR – Memasuki hari kedua bulan Syawal hari ini, bermakna
rakyat tidak boleh lagi meneruskan budaya kunjung mengunjung dan aktivit
ziarah Aidilfitri selepas ini berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan
Pergerakan Bersyarat (PKPB).
Bagi mengekang penularan wabak COVID-19, kerajaan sebenarnya memberi kelonggaran itu hanya pada hari pertama sambutan Aidilfitri dengan syarat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP), antaranya terhad kepada 20 ahli keluarga terdekat, mengamalkan jarak sosial dan menjaga kebersihan.
Meskipun ada segelintir golongan degil enggan mematuhi SOP
dengan mencuba nasib merentas negeri untuk pulang ke kampung, namun
sebilangan besar masyarakat di negara ini dilihat sudah dapat
menyesuaikan diri dengan norma baharu sambutan perayaan itu tahun ini.
Bagi mengekang penularan wabak COVID-19, kerajaan sebenarnya memberi kelonggaran itu hanya pada hari pertama sambutan Aidilfitri dengan syarat perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP), antaranya terhad kepada 20 ahli keluarga terdekat, mengamalkan jarak sosial dan menjaga kebersihan.
Misalnya, masjid, surau dan tanah perkuburan yang menjadi tumpuan
utama umat Islam pada 1 Syawal saban tahun, dilihat sepi dan lengang
susulan perintah larangan yang dilaksanakan di kebanyakan negeri.
Perintah larangan itu juga secara tidak langsung memberi kelebihan kepada umat Islam di negara ini mengeratkan hubungan silaturahim sesama keluarga menerusi solat sunat Aidilfitri dan penyampaian khutbah di kediaman masing-masing.
Selain itu, bagi golongan bujang yang tidak dapat pulang ke kampung beraya bersama keluarga tercinta, kemajuan teknologi dimanfaatkan sepenuhnya dengan menggunakan aplikasi panggilan video yang digunakan untuk mengubati rindu mereka terhadap anggota keluarga.

Sememangnya sudah menjadi tradisi sambutan Aidilfitri adalah saat
terbaik untuk mengeratkan hubungan silaturahim dengan sanak-saudara,
sahabat handai serta jiran tetangga dan masyarakat pelbagai agama dan
bangsa di negara ini dengan saling berkunjung pada hari raya.
Namun, penularan pandemik COVID-19 tidak mengizinkan tradisi itu diteruskan pada tahun ini kerana aktiviti ziarah Aidilfitri melibatkan pergerakan dan berjumpa dengan ramai orang pada satu-satu masa, termasuk dengan golongan mudah terjejas seperti warga emas, pesakit kronik dan kanak-kanak.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 62.6 peratus daripada kes kematian akibat COVID-19 terdiri daripada mereka berusia 60 tahun ke atas manakala 80.7 peratus kes kematian melibatkan mereka yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan penyakit lain.
Malah, Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri
Yaakob, pernah mengingatkan orang ramai supaya mendisiplinkan diri untuk
elak berjumpa orang ramai walaupun kelonggaran diberikan untuk beraya
kerana sudah ada kes jangkitan wabak COVID-19 di luar negara akibat
aktiviti ziarah itu.Namun, penularan pandemik COVID-19 tidak mengizinkan tradisi itu diteruskan pada tahun ini kerana aktiviti ziarah Aidilfitri melibatkan pergerakan dan berjumpa dengan ramai orang pada satu-satu masa, termasuk dengan golongan mudah terjejas seperti warga emas, pesakit kronik dan kanak-kanak.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 62.6 peratus daripada kes kematian akibat COVID-19 terdiri daripada mereka berusia 60 tahun ke atas manakala 80.7 peratus kes kematian melibatkan mereka yang menghidap penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi, buah pinggang dan penyakit lain.
Beliau mengambil contoh kejadian di Bahrain dan New Jersey, Amerika Syarikat apabila ada keluarga yang terdiri daripada 16 individu menghadiri majlis berbuka puasa dan empat orang berkumpul untuk jamuan makan yang akhirnya menyebabkan mereka semua dijangkiti COVID-19.
Ada sebabnya mengapa kerajaan melaksanakan larangan ziarah Aidilfitri itu, bukan semata-mata untuk menyekat sepenuhnya pergerakan orang ramai ketika musim perayaan tetapi bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang mungkin membawa maut kepada golongan berisiko tersebut.
Justeru, umat Islam diminta supaya bersabar menerima ketetapan sambutan bulan Syawal tahun ini dalam norma baharu dengan hati yang terbuka.— BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan