Kartini Mohd Noor
Kisahnya bukan fasal saya tapi fasal ibu-ibu yang bawa anak kecil. Tersadai di merata tempat. Bank bising gegak, hiruk pikuk dengan suara baby meraung, anak kecil kelaparan dan ibu yang berjam-jam dukung anak sambil badan bergoyang jadi buaian
TIGA
kali kami pergi ke Bank BSN Rawang untuk buka akaun atas nama saya.
Sebab tahun ni tiba-tiba kerajaan masukkan duit BR1M @ saraan hidup atas
nama isteri.
Saya pergi
dua hari sebelum raya. Dapat borang selepas beratur panjang dari jam
9.30 pagi dan sampai jam 12 tengah hari tunggu. Kata polis bantuan
setiap orang akan dilayan dalam 20 minit.
Saya tunggu 3 jam. Gagal kami pulang. Sebab yang tunggu hari tu sampai jam 3 petang pun tak dapat buka akaun.
Orang ini
saya jumpa semalam Jumaat. Kita raya Rabu. Dia kena isi borang baru.
Saya, suami pergi minta borang balik. Giliran 50 orang lagi masa tu.
Nasib baik balik. Masa tu semua buat manual. Ambil borang dan tunggu
nama dipanggil.
Kami
datang balik Jumaat 7 Jun. Tunggu lagi dari pagi sampai jam 12.30 tengah
hari sebelum tutup rehat untuk solat Jumaat dan buka jam 2.30 petang.
Jam 4.14 petang baru akaun selesai. Kali ni guna angka giliran. Saya
dapat no 50052.
Petang
datang jam 2.45 ehhh dia orang panggil manual balik semula. Nombor
giliran semua tertera kat monitor. Dahlah bising nama tu sayup-sayup
dengar. Nasib baik saya dapat kerusi duduk kat depan kaunter.
Okay
kisahnya bukan fasal saya tapi fasal ibu-ibu yang bawa anak kecil.
Tersadai di merata tempat. Bank bising gegak, hiruk pikuk dengan suara
baby meraung, anak kecil kelaparan dan ibu yang berjam-jam dukung anak
sambil badan bergoyang jadi buaian. Mungkin ibu tak bawa makanan sebab
ingat cepat.
Ramai yang
marah, saya nak tulis maki hamun kan bunyi kasar. Sebabnya dua tiga
kali menunggu macam kerja bodoh kata si isteri dan suami. Macam kena
dera, pajam. Tu belum lagi sakit hati dan telinga duk dengar kutukan
kerajaan kata Melayu pemalas, makan dedak dan asyik tunggu subsidi.
Anak
pemimpin dipuji hebat dan mereka dapat kontrak Telekom 11 juta, duit
tabung harapan ratus juta dan projek kroni bilion dolar buka bandar
Langkawi tapi rakyat dikeji sebab BR1M.
Bukan
orang Melayu saja yang lalui proses ni, Cina tua yang guna ejen sebab
tak reti tulis dan cakap bahasa Melayu, India dan saya taktahulah di
Sabah Sarawak tu ada tak pribumi dapat benda ni. Selepas dikeji
kerajaan, nah ambik duit ni dengan proses yang sakit otak kena lalui.
Duit BR1M
ni dulunya diberi dengan lapang dada oleh kerajaan yang dipimpin oleh
UMNO, MCA, MIC dan lebih 10 parti komponen. Dikeji DEDAK oleh kerajaan
yang dipilih oleh pemakan dedak.

Ada yang
datang sejauh Bukit Beruntung tak balik raya sebab takde duit. Ibu ni
semalaman tak tidur sebab kerja di kedai 24 jam dan malam nanti kena
kerja pula. Rata-rata ibu ini datang dari mana saja daerah kecil di
Rawang yang tak ada bank BSN.
Saya dan
ibu-ibu ini bukan saja marah dan sakit hati. Dahlah nak raya,
macam-macam kena selesaikan. Sistem baru ni macam dibuat oleh orang
cacat akal dan sangat dungu. Kenapa masa update info dulu, tak minta
akaun isteri.
Tu yang
lebih 300,000 tak dapat duit tu. Bukan sesat alamat, tapi duit tu
kononnya nak bagi kat isteri. Akhirnya suami isteri tak buat kerja. ‘Tok
laki dok teman, jadi drebar dan uruskan buka akaun, bini dok sebelah
tunggu’.
Tak
heranlah semalam, tiba-tiba India badan besar ni tinggikan suara kat
staf bank tu. Kesian dua-dua jadi mangsa. Staf bank terkincit dalam
seluar kot sebab dari buka bank sampai jam 1 tak rehat. Sat-sat lari ke
mesin fotostat.
Nilah bila
tikus mundok baiki labu. Hilang dah rasa syukur timbul pula maki hamun
kat kerajaan. Menyusahkan rakyat. Ada yang cakap 14 hari bulan baru
keluar surat dapat ke tidak dan cuba bayangkan wanita di ceruk kampung,
‘lagu mano dia nok gi bandar untuk buka BSN ni’.
Oklah
lepas 3 kali pergi mari hingga terlepas ajakan ‘anok nantu gi’ shopping
baju raya, sebab dua hari terakhir jer dia orang dapat curi masa nak
bawa kami, saya gagal buka akaun, peti ais tertiba rosak dan habis
barang basah raya buang ke tong sampah dan saya kepenatan. Akhirnya raya
saya tahun ni ke laut jadinya.
Terima
kasih Datuk Seri Najib Razak kerana ilhamkan BR1M yang terpaksa
diteruskan oleh kerajaan sekarang. Akhirnya saya dapat DEDAK. Tiga hari
lepas raya yang ‘kalu’ rezeki kita, tu tak ke mana ginya.
Sharelah
post ni yang saya dan ratusan rakyat lalui di bank BSN. RM22 x 300,000 =
? RM10 simpanan dan RM12 servis buat kad. Satu janaan ekonomi baru
‘buto-buto’ dapat.
*Kartini Mohd Noor, Bekas wartawan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan