Menurutnya, kenyataan Perdana Menteri yang menasihati umat Islam tidak mengharapkan dana kerajaan untuk membina masjid satu perkara mengejutkan.
“Buat pengetahuan Tun M, antara tugas kerajaan adalah menyediakan kemudahan demi kebajikan rakyat. Masjid adalah rumah ibadah yang suci bagi umat Islam dan ianya adalah antara tempat keperluan umat Islam bagi menunaikan ibadah.
“Selain itu juga masjid juga tempat umat Islam disatukan tanpa beza latar belakang, kedudukan dan taraf ekonomi masing-masing. Jadi ianya bukan hanya tempat ibadah, ianya juga pusat ilmu bagi umat Islam yang akhirnya memberi kesan yang mendalam bagi kesatuan dan perpaduan umat Islam di Malaysia.
“Kenapa setelah kerajaan Pakatan Harapan memerintah, isu-isu yang menyentuh sensitiviti agama dipertikai.
“Kenapa seringkali apa sahaja berkaitan Islam dan Melayu mahu diancam. Apa salahnya kerajaan membantu memberi sumbangan membina masjid sedangkan ianya antara tugas kerajaan bagi membantu kaum majoriti iaitu kaum Melayu dan bumiputera yang majoritinya beragama Islam,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurut Fariz, selama ini budaya ataupun kaedah bagi membina masjid adalah bergantung kepada dana kerajaan dan dana awam hasil sumbangan dari VIP dan juga orang ramai.
“Lagi cepat sumbangan orang awam dikumpulkan dan dana dari kerajaan diluluskan lebih cepat urusan membina masjid dapat dilaksanakan,” katanya.
Ianya sebenarnya adalah amalan biasa bagi pemimpin kerajaan Barisan Nasional sebelum ini yang mengutamakan keperluan pembinaan rumah ibadah tanpa mengira agama.
“Kenapa seringkali hak dan keistimewaan Agama Islam Melayu dan Bumiputera sentiasa dipertikai walaupon telah dilindungi Perlembagaan Persekutuan?
“Kenapa acapkali kerajaan Pakatan Harapan memainkan isu yang menyentuh sensitiviti agama? Kenapa Tun M dan kerajaan Pakatan Harapan seperti tidak mahu lagi menjaga umat Islam?” soalnya.
Menurutnya, sekolah Cina dan institusi kaum Cina hari ini hampir setiap hari mendapat sumbangan jutaan ringgit dari kerajaan PH dan kenapa masjid kini tidak lagi layak mendapat sumbangan.- MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan