Dalam usaha meraih sokongan pengundi, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution membuat perbandingan antara Menteri Besar Negeri Sembilan Aminuddin Harun dengan bekas menteri besar yang juga calon BN Mohamad Hasan.
"Aminuddin sebelum PRU ke-14 isytihar harta dengan Invoke Malaysia dengan (membuat) perakuan bersumpah. Sampai hari ini kita boleh membacanya di internet.
"Siapa tahu harta Mat Hasan pula banyak mana?" katanya kepada lebih 200 hadirin dalam program ceramah di Bilik Gerakan Utama Pakatan Harapan (PH) di Bandar Ekar, Rantau, malam tadi.
Aku bukan apa, hanya nak cakap bahawa isytihar harta oleh pimpinan Harapan adalah main wayang sahaja. Aku bukan kata semua pimpinan Harapan main wayang tapi sebahagian besar menipu dan mengelak daripada isytihar harta.
Mari kita buat sikit analisis mudah. Kita lihat petikan Berita Harian 1 November 2018. Link di sini
Seramai 30 anggota pentadbiran kerajaan Pakatan Harapan (PH) gagal mengisytiharkan harta masing-masing walaupun tarikh akhir untuk berbuat demikian sudah dua kali dilanjutkan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Daripada 49, 30 mengelak daripada isytiharkan harta.Mereka sebahagian daripada 49 anggota pentadbiran kerajaan bergelar menteri dan timbalan menteri yang diwajibkan berbuat demikian, susulan arahan yang meliputi 123 ahli Parlimen mewakili semua parti gabungan PH.Berdasarkan portal MyDeclaration yang boleh diakses umum mulai hari ini, 30 anggota pentadbiran yang gagal mengisytiharkan harta itu membabitkan 14 menteri, manakala selebihnya adalah timbalan menteri.
Orang tanya aku, baru-baru ini hampir semua isytihar harta? Aku jawab mereka telah memindah sebahagian besar harta yang bernilai kepada waris terdekat termasuk isteri dan anak-anak mereka dan ada di antara 30 orang ini telah memindah harta kepada waris-waris lain.
Soalannya adalah isytihar harta itu 'valid' untuk mengatakan seseorang itu hebat macam MB Aminuddin Harun? ini adalah permainan persepsi yang cuba membodohkan 'raykat'. Zaman sekarang rakyat sudah boleh berfikir dengan baik kerana banyak maklumat daripada internet membantu daripada mereka terus kena kencing oleh PH.
Aku setuju dengan saranan PAS, bukan sahaja harta pimpinan diisytiharkan tetapi harta isteri dan anak-anak sekali.
Bukanlah aku nak sokong Mat Hassan, jika dia seleweng harta rakyat SPRM perlu ambil tindakan. Tak payah nak poltikkan isu ini macam jaja isu Najib.
Kedua.
Saifuddin Nasution macam bodoh serta tak tahu bahawa dia tu adalah pimpinan kerajaan dan dia boleh mencadangkan kepada SPRM untuk mengambil tindakan jika ada harta Mat Hassan yang tak benar semasa dia menjadi MB sebelum ini.
Takkan itu pun tak tahu.
Kalau najib engkau boleh selongkar sampai rumah emak dia. Takkan ini tak boleh nak siasat, bukan aku suruh engkau pergi selongkar rumah emak Mat Hassan jika emak dia masih hidup (bapak dia meninggal semasa di sekolah lagi)
Patutlah engkau diberikan tanggungjawab untuk kawal harga barang engkau masih tak boleh selesaikannya. Engkau ni Saifuddin apalah yang pandai, dulu selepas U engkau bisnis rugi hampir bangrap. Engkau gadai ahli seumur hidup PAS dengan 'menyembah' Anwar Ibrahim sehingga Anwar bagi engkau jawatan pensyarah dan engkau diberi lalu dalam Pemuda UMNO.
Engkau pandai apa?
Engkau pandai cantas sesiapa yang lawan bos engkau aje.. kerana engkau nak jilat bos.
Nasir Ramlee
nasirramlee@gmail.com
https://www.facebook.com/nasirramlee89
Tiada ulasan:
Catat Ulasan