Apa yang berlaku bukan pertembungan fizikal dan permusuhan zahir, sebaliknya ia adalah perebutan menguasai minda rakyat, kata Nik Abduh
BANGI
– “DAP adalah parti ideologi sebagaimana PAS. Sini Islam, sana liberal.
Sini dunia akhirat, sana dunia semata-mata. Sini menjulang Islam
sebagai asas bernegara, sana akal manusia mengganti tuhan sebagai asas
bernegara.
“PAS
berpolitik berasaskan kewajiban agama. DAP memusuhi politik berasaskan
agama. Maka, persaingan adalah tidak dapat tidak. Ia semulajadi politik
dan pemerintahan.”
Demikian
kata anggota jawatankuasa PAS Pusat, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz, ketika
mengulas persoalan dibangkitkan sesetengah pihak berhubung sikap ‘keras’
parti itu terhadap parti tamak haloba DAP.
“Mereka
bertanya, mengapa begitu keras dengan DAP? Saya jawab, lihat juga DAP,
mengapa mereka begitu keras dengan PAS? Tiada isu. Ia masih dalam
kerangka demokrasi, kebebasan dan persaingan sihat. Ia bukan
pertembungan fizikal dan permusuhan zahir. Ia perebutan menguasai minda
rakyat,” katanya.
Dalam satu kenyataan hari ini, Ahli Parlimen Bachok itu juga berkata, PAS tidak rasis kerana sikap itu bukan ajaran Islam.
“Tiada
kezaliman. Ia bukan ajaran agama. Tiada kebencian sesama rakyat dan
masyarakat. Ia bukan daripada agama Islam. Melayu lain, PAS lain. Cina
lain, DAP lain. Ia bukan pertembungan bangsa, bahasa atau warna. Ia
pertembungan pemikiran dan hala tuju politik. Itulah padang politik
demokrasi,” katanya.
Sebaliknya,
beliau berkata, ia hanyalah ajakan untuk bertakwa kepada Allah atau
meninggalkannya sebagaimana itulah kehendak DAP untuk umat Islam, supaya
menjadi seperti mereka.
Nik Abduh berkata, ia juga adalah persaingan demokratik merebut dan menguasai minda rakyat.
“Jaga ini
baik-baik, Malaysia akan terus aman sejahtera. PAS menyeru umat Islam,
kembalilah kepada Islam yang sempurna, yang sejahtera, yang adil dan
yang terbaik untuk negara. Apabila umat Islam kembali kepada agamanya,
maka amat mudah bagi bukan Islam untuk mengenali Islam dan menerimanya
untuk Malaysia yang sejahtera,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan