Seorang pekerja restoran nasi kandar di Seksyen 25 di Shah
Alam ditampar pelanggan yang tidak berpuas hati selepas ditegur agar
tidak menghisap rokok di dalam kedai berkenaan.
Tambah Baharudin, menurut laporan yang dibuat oleh pemilik restoran itu, pekerjanya ada memberi teguran kepada tiga pelanggan lelaki tempatan berumur lingkungan 30-an yang sedang menghisap rokok di dalam restoran.
"Teguran diberi secara baik tetapi seorang daripada pelanggan berkenaan terus menampar sekali di muka pekerjanya itu dan kemudian mereka terus beredar dari restoran setelah membuat bayaran.
Terdapat dua pekerja dan lima pelanggan lain di kedai berkenaan semasa kejadian," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Kata Baharudin kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan dan suspek yang melakukan perbuatan berkenaan diminta tampil memberi keterangan secara sukarela di balai polis berhampiran.
Pada
Oktober lepas, Kementerian Kesihatan mengumumkan larangan merokok di
semua restoran, kopitiam dan pusat penjaja, malah tempat makan di ruang
terbuka, di seluruh negara, berkuat kuasa 1 Jan 2019.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan