Datuk Seri Anwar Ibrahim dilihat benar-benar panik apabila mula ‘main kotor’ dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Port Dickson apabila turut berkempen dalam kem tentera meskipun secara tidak langsung.
Meskipun kem tentera menjadi kawasan larangan berkempen, namun, ia ‘dihalalkan’ untuk Anwar berkempen apabila pelbagai helah digunakan untuk membawa masuk calon Pakatan Harapan (PH) itu ke dalam kem tentera.
Malah, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) juga bagaikan menjadi kuda tunggangan PH apabila tidak bersuara terhadap kesalahan yang dilakukan kononnya oleh bakal Perdana Menteri kelapan itu.
Malah, Anwar yang berikrar untuk tidak menggunakan jentera kerajaan pada kempen PRK kali ini juga dilihat menggunakannya bagi berkempen.
Sementara itu, Menteri Besar Negeri Sembilan, Amiruddin Harun, berkata kehadiran Anwar pada Majlis Ramah Mesra Menteri Besar Negeri Sembilan di Pusat Latihan Asas Tentera Darat (PUSASDA), Port Dickson adalah secara kebetulan.
Beliau berkata tiada jadual khusus dalam program Anwar membabitkan majlis itu dan semuanya berlaku secara kebetulan.
“Pagi tadi kami sarapan bersama dan kemudian beliau (Anwar) menaiki kereta saya selepas bersetuju mengikut saya ke program bersama anggota tentera.
“Kita faham calon PRK tidak boleh berkempen dalam kem tentera.
“Saya harap perkara ini jangan dijadikan isu kerana kehadiran Anwar adalah atas jemputan saya dan bukan penganjur,” katanya.
Sebelum ini, Anwar juga turut menyampaikan kuliah agama di masjid dan surau pada siri kempennya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan