Presiden
Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa Malaysia, Datuk Mohamed
Shafie Mammal menunjukkan memorandum pada sidang akhbar mengenai isu
kadar bayaran pencen bagi pesara-pesara dari syarikat GLC yang tidak
berpuas hati kerana kadar bayaran pencen di bawah paras kemiskinan di
Restoran Pelita, Bilik Haji Jamal, Jalan Ampang, Kuala Lumpur. foto
Affan Fauzi
KUALA LUMPUR – Majlis Rangkaian Kesatuan Sekerja Antarabangsa
Malaysia menghimpunkan lebih 200,000 pesara syarikat berkaitan kerajaan
(GLC) di hadapan Jabatan Perdana Menteri pada akhir Mac ini.
Pada perhimpunan itu para mereka akan menyerahkan memorandum mendesak
kerajaan meneliti semula pencen yang diterima pesara Telekom Malaysia
Bhd., Lembaga Letrik Negara (Tenaga Nasional Bhd.), Pos Malaysia Bhd.
dan Bank Simpanan Nasional (BSN) yang disifatkan rendah .
Presidennya, Datuk Mohamed Shafie Mammal berkata, pencen yang
diterima pesara terbabit tidak melepasi RM500 sebulan, malah yang
terendah ialah RM150 sebulan.
“Mana cukup dengan kos sara hidup yang terlampau tinggi ini,” katanya
pada sidang media yang disertai kira-kira 150 orang wakil gabungan
kesatuan pesara GLC dari seluruh negara hari ini.
Majlis tersebut menyerahkan memorandum pertama pada November 2016.
Menurut Mohamed Shafie, Perdana Menteri menunaikan janjinya dengan
mengarahkan Bahagian Persaraan Jabatan Perkhidmatan Awam dan pihaknya
kami dipanggil pada Oktober 2017 bagi dimaklumkan mengenai pencen yang
diterima itu adalah pencen minimum GLC pada era 80-an dan 90-an.
“Namun JPA terus senyap tanpa tindakan susulan dengan kami sehingga
hari ini dan sikap tidak mengambil peduli itu sangat mengecewakan kami
semua yang banyak menyumbang dan mendokong hasrat kerajaan, ujarnya. Naib
Presiden Merangkap Penyelaras Eksekutif, Datuk Wira Dr Ir Ahmad Zaini
Mohd Amin bercakap pada sidang akhbarmengenai isu kadar bayaran pencen
bagi pesara-pesara darisyarikat GLC yang tidak berpuas hati kerana
kadar bayaran pencen di bawah paras kemiskinan di Restoran Pelita, BilikHaji Jamal, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
Seorang pesara Telekom, Datuk Wira DR. Ir. Ahmad Zaini Mohd Amin
berkata, pesara bukan seperti polis dan tentera yang kebajikannya dijaga
oleh Kementerian Dalam Negeri dan Kementerian Pertahanan.
“Dulu kita pernah ada satu unit penswastaan di JPM tetapi sudah lama
dibubarkan dan nasib kami seperti ‘anak yatim piatu’ dan pencen pun
bawah kadar kemiskinan tegar,” katanya. Presiden
Kesatuan Peegawai Rendah TNB (TNBJOU), Roszeli Majid bercakap pada
sidang akhbar mengenai isu kadar bayaran pencen bagi pesara-pesara dari
syarikat GLC yang tidak berpuas hati kerana kadar bayaran pencen di
bawah paras kemiskinan di Restoran Pelita, Bilik Haji Jamal, Jalan
Ampang, Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, Mohd. Roszeli Majid berkata, setiap pesara GLC menerima pencen serendah RM150 hingga maksimum RM300 sahaja.
“Apabila penswastaan belaku gaji setiap pekerja yang rendah pada masa
penswastaan itulah yang diambil kira untuk pencen setelah mencecah usia
persaraan mereka.
“Kami sudah membuat ketetapan untuk jumpa PM dan tahu beliau seorang
yang prihatin cuma pegawai bawahannya sahaja yang kita bimbangkan,
kerana para penasihat beliau memberi informasi tidak tepat dalam hal
pencen,” katanya. Pesara,
Habibah Wanchik menunjukkan kad pesara ketika ditemu bual pada sidang
akhbar mengenai isu kadar bayaran pencen bagi pesara-pesara dari
syarikat GLC yang tidak berpuas hati kerana kadar bayaran pencen di
bawah paras kemiskinan di Restoran Pelita, Bilik Haji Jamal, Jalan
Ampang, Kuala Lumpur.
Habibah Wanchik, 67, menyifatkan nasibnya umpama peminta sedekah
kerana langsung tidak dapat menikmati wang pencen setelah berkhidmat
lebih 30 tahun bersama BSN di Pulau Pinang.
“Saya tak pasti sebab kenapa dinafikan hak menerima pencen bulanan, masih buntu mencari jawapan dari kerajaan,” ujar beliau.
Presiden Pesara Tenaga Nasinal Berhad, Mohamad Abu Bakar Naina
Mohamad, 72, yang berkhidmat lebih 35 tahun mengadu pemotongan yang
dilakukan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) juga tidak
disumbangkan setimpal dengan perkhidmatan cemerlang mereka kepada
kerajaan.
“Ramai lagi pesara di luar sana menderita kerana pencen terlampau
sedikit, kini PM satu-satunya harapan kami yang diyakini mampu membela
nasib pesara,” tegsnya.-MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan