Khamis, 2 Mac 2017

Tugas saya minta PM beri penjelasan

 
Oleh SALAHUDDIN HJ AYUB

Adalah menjadi tugas dan tanggungjawab saya sebagai rakyat negara ini untuk meminta penjelasan kepada PM sekiranya terdapat isu atau perkara yang berkemungkinan boleh menjejaskan kepentingan rakyat dan negara.

2. Saya terpanggil untuk mengeluarkan satu kenyataan umum apabila saya membaca laporan penuh akhbar The Edge bertarikh 25 Januari 2017 yang menyiarkan berita Wall Street Journal (WSJ ) yang melaporkan "Aramco ends talks with Petronas for RM89b project in Pengerang".
3. Laporan daripada WSJ itu juga menyatakan penarikan diri Aramco adalah daripada satu Kajian Kesesuaian *(feasibility study)* yang dibuat oleh pihak Aramco sendiri. Antara sebab utama dapatan Kajian Kesesuaian tersebut menyatakan bahawa pihak Aramco bercadang untuk menarik diri daripada projek meganya di Pengerang kerana "not generate sufficient returns" kepada pelaburan Aramco.

4. Oleh kerana berita penarikan diri syarikat multi national Saudi yang melibatkan nilai pelaburan hampir RM90 bilion ini tersebar luas hingga ke dunia luar, maka adalah wajar bagi saya meminta PM untuk memberikan penjelasan kepada rakyat negara ini.

5. Pada saat dan ketika imej serta integriti negara terjejas teruk dengan pelbagai isu juga skandal seperti 1MDB dan MO1, adalah terlalu mudah berlakunya spekulasi daripada pihak tertentu yang nantinya akan menjejaskan kepentingan negara.

6. Kehadiran Aramco bersama lawatan Raja Salman beberapa hari yang lalu hanyalah menandatangani dokumen yang masih di tahap MoU dengan pihak Petronas. MoU adalah permulaan yang baik tetapi belum lagi sampai kepada tahap "definitive agreement".

7. Pasukan Komunikasi Strategik BN sepatutnya mengambil lebih masa untuk membuat "homework" tentang sikap flip-flop syarikat-syarikat besar Arab yang gemar membuat riuh rendah pelaburan di Iskandar Malaysia tahun 2006 dan projek Arab City di Melaka tetapi akhirnya tidak mencapai KPI yang diharapkan.

8. Pasukan Komunikasi Strategik BN janganlah hanya tahu bergayut di tali leher Najib untuk mencari talian hayat periuk nasi masing-masing semata-mata.
#AmanahDemiNegara

* SALAHUDDIN HJ AYUB, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah)

Tiada ulasan: