Jumaat, 3 Mac 2017

Polis Rekod Keterangan Guan Eng Kes Anak Cabul Gadis

 
 


GEORGE TOWN – Polis hari ini mengambil keterangan daripada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berhubung dakwaan anaknya mencabul seorang pelajar perempuan, enam tahun lepas.



Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Mior Faridalatrash Wahid ketika dihubungi mengesahkan pihaknya mengambil keterangan daripada Guan Eng di pejabat ketua menteri itu di Komtar, di sini.

“Kami mendapat arahan daripada pejabat pendakwa raya untuk merekodkan beberapa keterangan daripada berliau berhubung kes tersebut,” katanya yang enggan mengulas lanjut.

Sementara itu Guan Eng pada sidang akhbar di pejabatnya selepas memberi keterangan kepada dua pegawai polis dari Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut tersebut, berkata ini merupakan kali ketiga polis mengambil keterangannya berhubung kes itu.

“Saya harap akan ada tindakan pada akhirnya dan sudah tentu saya bersedia untuk ke mahkamah untuk memberi keterangan,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan seorang blogger mendakwa anak lelaki Lim yang ketika itu berusia 16 tahun mencabul rakan sekolahnya dan bagi menutup mulut semua pihak keluarga mangsa dikatakan disogok dengan wang berjumlah RM200,000. – BERNAMA

bapa

 

Tiada ulasan: