HARAKAHDAILY
PAS akan menjadi pembangkang yang unggul dan dilihat sebagai sebagai parti yang layak bertanding semua kerusi di Terengganu pada Pilihan raya Umum ke-14 (PRU14).
Tokoh wartawan dan veteran PAS, Haji Subky Abdul Latif berkata, PAS
tiada pilihan yang banyak buat masa ini tetapi yakin PAS akan menjadi
pembangkang yang kuat, lapor Buletin Online semalam.
“PAS akan menjadi pembangkang yang tunggal yang kuat kerana PAS dengan bersendirian dia dapat mengemukakan pendapatnya.
“Mungkin pada masa ini PAS tidak mendapat kejayaan yang besar, tetapi
pada jangka panjangnya PAS akan menjadi kuat,” ujarnya pada sesi
temubual dengan Harap TV di Kuala Terengganu, kelmarin.
Beliau berpendapat, adalah ‘membuang masa’ berbincang dengan
parti-parti lain kerana mereka tidak bersedia menerima syarat yang
dikemukakan PAS.
“Sepatutnya PAS bertanding semua. Dulupun, dua tiga PRU yang lepas
sepatutnya, PAS bertanding semua tapi kerana wujudnya Pakatan jadi kita
bahagi-bahagikan kerusi.
“Parti-parti yang ada itu memaksa PAS untuk bersedirian, maka pilihan
kita tiada. Sepatutnya apabila mereka telah berpecah dengan Umno,
mereka mengikut PAS kerana PAS telah ada dasar ‘PAS Ganti Umno’,”
jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan