Khamis, 2 Mac 2017

Harga baharu gula RM2.95 sekilogram

MALAYSIA GAZETTE
Harga runcit gula dinaikan sejak semalam.

PUTRAJAYA – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) menetapkan harga baharu bagi gula pasir putih bertapis kasar pada harga RM2.95 sekilogram.

Harga baharu yang menyaksikan kenaikan 11 sen itu berkuat kuasa semalam.

Kenaikan harga gula itu disebabkan kenaikan harga gula mentah dunia yang diimport Malaysia.

Tetapi, KPDNKK berkata, kerajaan masih mengawal harga gula pada paras paling minimun jika dibandingkan dengan kenaikan negara lain.

KPDNKK berkata, penetapan harga baharu itu dibuat di bawah Perintah Kawalan Harga dan Antipencatutan (Penentuan Harga Maksimum) 2017.

Kali terakhir harga gula dinaikkan ialah pada 25 Oktober 2013. – MalaysiaGazette


Tiada ulasan: