BANGI
– Usaha G25 yang merayu agar Ahli Parlimen tidak menyokong atau
membatalkan RUU355 yang akan dibahas di Dewan Rakyat boleh dianggap
sebagai tindakan cetek.
Ketua Penerangan Ikatan Muslimin
Malaysia (Isma), Ustaz Mohd Hazizi Ab Rahman berkata, mereka sebenarnya
takut dengan syariat Allah.
“Mereka takut pada agama sendiri kerana lihat Islam menurut kacamata barat,” katanya ringkas kepada Ismaweb hari ini.
Beliau berkata demikian selepas diminta mengulas surat yang disiarkan sebuah portal liberal, menyatakan G25 merayu Ahli Parlimen supaya tidak menyokong RUU355.
Kumpulan itu kononnya bimbang langkah meninggikan taraf Mahkamah Syariah akan mencelarukan penguatkuasaan undang-undang.
“Hasrat untuk menjadikan mahkamah syariah setaraf dengan mahkamah sivil amat membimbangkan dan pasti mengejutkan masyarakat berbilang kaum akan apa lagi akan terjadi selanjutnya kepada sistem perundangan negara.
“Sistem penghakiman sekular yang selari dengan sistem syariah bukan saja melanggar Perlembagaan, bahkan pasti timbul kecelaruan dalam penguatkuasaan undang-undang dan perintah-perintah tetap,” kata mereka.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan