DALIA ISMAIL
Sebanyak
lapan cawangan di Bahagian Umno Pengerang mengemukakan usul menolak
Datuk Seri Azalina Othman Said sebagai calon Pilihanraya Umum ke-14
kelak.
Usul menolak Timbalan Pengerusi Umno Bahagian Pengerang itu, oleh
ketua-ketua cawangan adalah usul baru yang dikemukakan peringkat
cawangan di negeri Johor dalam persidangan mesyuarat ketua cawangan di
bahagian itu.
Setiausaha Kerja Gabungan Ketua Cawangan Malaysia (GKCM) Johor,
Samudin Kambali berkata, usul menolak Azalina bukan sahaja dibuat oleh
ketua cawangan Felda Semenchu sebaliknya dakwa beliau, membabitkan tujuh
lagi cawangan di bahagian sama.
“Selain Felda Semenchu ada tujuh cawangan lain turut menolak Azalina.
“Ini kerana beliau gagal memainkan peranannya sebagai seorang Ahli Parlimen Pengerang selama dua penggal.
"Azalina juga adalah seorang pemimpin yang mempunyai dua status karektornya ‘pengkid’ dan ‘wanitanya’ .
“Status pengkidnya amat sukar diterima oleh masyarakat di kawasan pendalaman di Pengerang.
“Lapan cawangan itu merayu BN tidak calonkan Azalina pada PRU 14 dan mohon mencalonkan pemimpin Melayu lain.
“Maknanya dua statusnya itu yang amat sukar difahami oleh segelintir orang kampung,” katanya kepada Malaysia Dateline.
Samudin juga berkata, Azalina kurang memberikan tumpuan kepada kawasannya.
"Tiada apa kemudahan pun yang terdapat untuk rakyat di kawasan yang dipimpinnya.
"Malah beliau juga jarang hadir ke majlis yang diadakan di Pengerang bersama rakyat," dakwanya.
Beliau diminta mengulas mengenai tersebarnya kertas usul Persidangan
Tahunan Umno Cawangan Felda Semenchu 2016 yang diviralkan sejak beberapa
hari lalu.
Samudin berkata, jika lapan ketua cawangan menolak Azalina ia boleh
dianggap sesuatu yang serius terutama membabitkan karektor menteri di
jabatan perdana menteri itu.
“Lapan ketua cawangan di Pengerang turut kemuka usul tolak Azalina maknanya perkara yang amat seriuslah tu,” ujarnya.
Difahamkan
usul sama turut dibuat oleh Cawangan Pengerang dalam mesyuarat ketua
cawangan pada 22 April dan usul yang dibawa Umno Cawangan Felda Semenchu
pula bersidang pada 26 April lalu manakala enam cawangan lagi yang
mengemukakan usul sama tidak didedahkan.
Bahagian Penggerang mempunyai 30 cawangan yang mana difahamkan 15
cawangan telah mengemukakan usul menyokong Muhyiddin dan meminta Majlis
Tertinggi Umno membatalkan pengantungan jawatan Timbalan Presiden Umno
itu serta mendesak Najib berundur.
Cawangan turut membawa usul lain antaranya menyokong penuh kepimpinan Menteri Besar Datuk Seri Khaled Nordin.
Usul meminta Presiden Umno berundur sebelum PRU14 dan usul Penubuhan Suruhanjaya Diraja di bawah Majlis Raja-raja.
Dijangkakan jumlah cawangan yang mengemukakan usul sama akan
meningkat sehingga berakhirnya Persidangan Mesyuarat Ketua Cawangan pada
1 Mei depan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan