KOTA BAHARU: Kawalan keselamatan di Sungai Golok yang menjadi sempadan
Malaysia-Thailand kini dipertingkat berikutan sungai itu menjadi cetek
dan dikhuatiri memudahkan pihak tertentu memasuki negara ini secara
haram.
Setiausaha Majlis Keselamatan Negara (MKN) Kelantan, Azhar Muhamad
Yusof berkata, cuaca panas melampau ketika ini menyebabkan ramai
penduduk membanjiri sungai itu untuk 'bermain air'.
Berikutan itu katanya, pihaknya bimbang pendatang tanpa izin mencerobohi negara melalui jalan sungai.
"Pemeriksaan rambang perlu bagi mengenal pasti individu yang berada di
tebing Sungai Golok sama ada mereka warga negara kita ataupun warga
negara jiran.
"Sekiranya mereka adalah warga Thailand atau warga asing, mereka tidak
dibenarkan masuk ke negara ini ataupun naik ke tebing sungai," katanya
kepada Bernama.
Beliau berkata pihaknya juga telah meminta Angkatan Tentera Malaysia
dan agensi berkaitan supaya memperketatkan lagi kawalan di kawasan
tebing Sungai Golok.-- BERNAMA
Tiada ulasan:
Catat Ulasan