ARIF ATAN
Slogan
rakyat didahulukan hanyalah satu skrip dongeng sandiwara kerajaan
Barisan Nasioan (BN) jika kerajaan gagal menjaga kebajikan rakyat
terutama dalam isu-isu berkaitan pekerjaan, tegas Timbalan Ketua Pemuda
Amanah, Faiz Fadzil.
Menurutnya, pemantauan dan tindakan undang-undang yang tegas perlu
diambil bagi mengekang eksploitasi majikan terhadap hak-hak pekerja.
Hal ini, ujarnya, termasuklah tunggakan dan kelewatan bayaran gaji,
kegagalan bayaran caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan
Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso), lebihan waktu bekerja serta
pengurusan keselamatan di tempat kerja.
Sehubungan itu, beliau mendesak kerajaan supaya tidak lagi
mengeksploitasi wang KWSP bagi tujuan tujuan 'bail-out' syarikat milik
negara kerana KWSP adalah satu 'privilege' golongan pekerja.
"Seharusnya, dividen dibayar lebih tinggi kepada pencarum dan bukannya keuntungan disapu oleh kerajaan," tegasnya.
Mengulas usaha dalam mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan, Faiz
berkata, kerajaan perlu mengambil langkah transformasi yang efisien dan
drastik termasuk melakukan pemulihan ekonomi negara pada kadar segera.
"Ribuan pekerja tempatan sekarang menganggur akibat tindakan
'retrenchment' yang diambil oleh majikan termasuk syarikat-syarikat
gergasi negara seperti MAS, Petronas, Shell, Proton, Perodua, Naza, Hong
Leong Bank, RHB Bank, Motorola, Ranhill dan pelbagai lagi syarikat
industri kecil dan sederhana.
"Keadaan ekonomi yang lembap ini juga telah mengakibatkan lebih 400,000 graduan masih tidak mempunyai pekerjaan.
"Perkara ini adalah sesuatu yang membimbangkan terutama anak muda
yang terbelenggu dengan pinjaman pendidikan yang pastinya menjejaskan
langkah awal untuk mereka mengharungi kehidupan baharu," jelasnya.
Oleh yang demikian, beliau menggesa supaya belanjawan negara dikaji
semula dengan menyuntik lebih banyak dana selain meluluskan tuntutan
gaji minima sebanyak RM1,500 sebulan.
"Pemborosan perbelanjaan dalam pengurusan, ketirisan dan korupsi
dalam pembangunan perlu dihentikan dengan memulihkan integriti tata
kelola pentadbiran negara agar keyakinan pelabur antarabangsa
dikembalikan.
"Maka, pengunduran Datuk Seri Najib Razak daripada jawatan Perdana
Menteri adalah langkah ke arah satu transformasi total dan ampuh sistem
pemerintahan dan ekonomi negara," tegasnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan