KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi menetapkan 11 Mei bagi pendengaran
permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk penyelesaian
saman beliau terhadap Harakah dan Harakahdaily berhubung 1Malaysia
Development Berhad dari segi undang-undang tanpa perbicaraan penuh, kata
peguam mewakili Najib.
Nor Emelia Mohd Iszeham hari ini memberitahu pemberita, tarikh itu ditetapkan oleh Hakim Datuk Hue Siew Kheng di dalam kamar.
Beliau telah berjumpa dengan hakim di dalam kamar semasa pengurusan kes.
Peguam Wan Rohimi Wan Daud mewakili dua defendan, Pengarah Urusan
Harakah Dr Rosli Yaakop dan Ketua Editor Harakahdaily Taufek Yahya.
Najib memfailkan saman pada 18 Mac tahun lepas terhadap Rosli dan
Taufek kerana menerbitkan artikel yang didakwa memfitnah mengenai 1MDB
yang ditulis oleh Rosli pada 19 Februari tahun lepas.
Dalam pernyataan tuntutannya, Najib berkata artikel itu menggambarkan
yang beliau telah menyalahgunakan dana 1MDB dan penerbitan artikel itu
berniat untuk mencemarkan reputasi beliau.
Beliau juga mendakwa bahawa Taufek telah gagal mengamalkan kewartawanan
bertanggungjawab dan tidak mengesahkan sama ada isi kandungan artikel
ditulis Rosli adalah betul sebelum menerbitkannya.
Perdana Menteri berkata kedua-dua defendan sengaja menerbitkan artikel
itu dengan agenda peribadi untuk menjejaskan keyakinan rakyat terhadap
beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan