Selasa, 22 Mac 2016

Syed Saddiq puji sikap Khairy, saran Najib berbuat sama

 
Tindakan telus SPRM dalam siasat pegawai di KBS terlibat dalam rasauh seharusnya digunakan terhadap siasatan skandal 1MDB dan RM2.6 bilion


syed sadddiq


PETALING JAYA: Juara debat, Syed Saddiq Abdul Rahman memuji tindakan pantas Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berhubung siasatan penyelewengan RM100 juta di Kementerian Belia dan Sukan (KBS).

Syed Saddiq turut memuji tindakan Khairy yang telah berbincang dengan Ketua Setiausaha Negara bagi menubuhkan sebuah pasukan siasatan bebas mengenal pasti kelompongan dan menambah baik proses dan prosedur kewangan dalaman KBS.

“Khairy secara terbuka menjemput Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) meneliti isu ini dan tindakan mencadangkan penubuhan panel khas ini menunjukkan ketelusan dalam siasatan ini.

“Sepatutnya duit yang diseleweng itu perlu disalurkan kepada golongan belia. Mereka yang bersalah itu harus diheret ke muka pengadilan,” tulisnya dalam laman Facebooknya.

Dalam pada itu Syed Saddiq turut menyarankan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak agar mengikut tindakan pantas yang diambil oleh Khairy terhadap kandal 1MDB dan wang derma RM2.6 bilion.

“Saya harap Najib akan buat benda yang sama dalam 1MDB dan RM2.6 bilion. Hentikan rasuah di Malaysia,” katanya.

Sabtu lalu, Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Azam Baki berkata jumlah keseluruhan habuan yang diterima suspek yang merupakan setiausaha bahagian di KBS ialah RM20 juta, termasuk RM8.33 juta baki wang di dalam akaun miliknya yang kini dibekukan.

Selain itu, sebuah banglo dan sebuah rumah teres turut disita dan 12 buah kenderaan mewah dirampas.

Tiada ulasan: