Ahad, 20 Mac 2016

Saharul, Janna bintang baru DFKL 2016

Saharul, Janna
Janna dan Saharul ketika menerima anugerah. 
 
 
SEPERTI yang dijangka, kategori Aktor dan Aktres Pilihan menerusi Malam Anugerah DFKL 2016 telah mengangkat nama dua bintang baharu iaitu Saharul Ridzwan dan Janna Nick menerusi lakonan drama Kau Aku Kita yang turut dinobatkan sebagai Drama Pilihan.

Kedua-dua pelakon ini turut dinobatkan sebagai Pasangan Pilihan menerusi drama yang sama terbitan JS Pictures itu.

Dalam kategori lain Azman Yahya (Jinggo) dan Rehal Nuharis masing- masing berjaya merebut gelaran Pengarah Pilihan dan Skrip Pilihan .

Aktres sedang meningkat naik, Ruhainies turut berjaya memegang gelaran Antagonis Pilihan menerusi lakonan Hello Mr. Perfect manakala penyanyi berbakat, Sissy Iman berjaya melonjakkan namanya dengan kemenangan dalam kategori Lagu Pilihan menerusi lagu Mungkin Kamu sebagai runut bunyi drama Eksperimen Cinta.

Penganjuran malam Anugerah DFKL 2016 turut menyaksikan kemenangan drama pendek, Kembara Si Kecil hasil karya Muhammad Firdhaus Rahmat yang merupakan graduan jurusan Sains Komputer, Universiti Teknikal Melaka sekali gus meraih wang tunai RM10,000.

Kesemua lapan kategori tersebut dipilih berdasarkan undian daripada penonton yang bermula sejak 1 Februari sehingga 6 Mac lalu.

Malam kemuncak dimeriahkan dengan beberapa persembahan menarik di samping telatah mesra pelakon Fattah Amin, Amyra Rosli dan penyampai Hot FM iaitu Fizi sebagai hos


Tiada ulasan: