Khamis, 17 Mac 2016

Kerjasama PAS-IKATAN tidak beri masalah kepada BN – Presiden MIC

 
BN seharusnya memperkukuhkan kerjasama dan perpaduan dalam setiap komponen BN bagi menghadapi 


Dr S Subramaniam


KUALA LUMPUR: Kerjasama PAS-IKATAN bagi membentuk blog pembangkang ketiga bukan satu perkara yang mengejutkan, kata Presiden MIC, Datuk Seri Dr S Subramaniam.

Katanya, perkara itu biasa dalam dunia politik dan ia tidak mendatangkan masalah kepada Barisan Nasional (BN).

“Dalam bidang politk, apa pun boleh berlaku. Bekas Perdana Menteri (Tun Dr Mahathir Mohamad) dulu duduk di sini pun boleh ke sana (bersama pembangkang).

“Perkara ini kadang-kadang boleh berlaku di dalam dunia politik,” katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada pelajar cemerlang SPM di Ibu Pejabat MIC, hari ini.

Dalam masa sama, Subramaniam berkata, BN seharusnya memperkukuhkan kerjasama dan perpaduan dalam setiap komponen BN bagi menghadapi Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

“Bagi kita di dalam BN, kita tidak lihat kepada perkara-perkara ini sebagai satu cabaran yang tidak boleh diatasi.

“Apa yang mustahak BN terus kukuh dengan kerjasama dalam komponen kita kuat dan kita mempunyai perhubungan baik dengan masyarakat dalam hadapi Pilihan Raya Umum akan datang ,” tegasnya.

Semalam, Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kerjasama dengan IKATAN bertujuan mewujudkan persefahaman kerjasama politik yang lebih tersusun yang sedang digagaskan PAS.

Tiada ulasan: