Khamis, 10 Mac 2016

Ahmad Zahid boleh jadi wira rakyat Malaysia jika berani

MALAYSIA DATELINE


Bolehkah Ahmad Zahid (kanan) singkirkan Najib sebelum Muhyiddin lakukan.Bolehkah Ahmad Zahid (kanan) singkirkan Najib sebelum Muhyiddin lakukan.Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dikatakan sebagai seorang wira penyelamat kepada rakyat Malaysia sekiranya beliau tahu mengambil peluang di atas krisis kepimpinan membabitkan Perdana Menteri Datuk Seri Mohd Najib Razak.

Dalam satu pandangan yang dipetik penulis blog Toffee Rozario menyebut, seandainya Perdana Menteri ditahan, disiasat dan didakwa di bawah undang-undang terhadap integritinya sebagai Perdana Menteri, maka Ahmad Zahid satu-satunya individu yang boleh menyandang jawatan Perdana Menteri.

Bagaimanapun keseluruhan proses perlu telus dan setiap rakyat Malaysia perlu diberi peluang untuk mengetahui apa sebenarnya yang berlaku, dengan cara itu Ahmad Zahid akan dilihat sebagai `wira' penyelamat negara.

Dalam proses itu Ahmad Zahid juga boleh menghentikan usaha pihak tertentu seperti usaha Tun Mahathir yang bekerjasama dengan pembangkang untuk mendesak Najib melepaskan jawatannya.

Ahmad Zahid hanya perlu bergandingan dengan menteri yang berwibawa, dikalangan ahli akademi dan profesional yang berpengalaman, berimej bersih dan berintegriti untuk menyokongnya.

Ia bukan satu tugas yang mudah untuk Ahmad Zahid tetapi situasi ini tidak akan menjadi terlalu sukar memandangkan kedudukan beliau sebagai Menteri Dalam Negeri dan Timbalan Perdana Menteri, beliau sudahpun mempunyai kuasa mutlak untuk mendapat sokongan Ketua Polis Negara dan Ketua Pengarah Imigresen.

Ahmad Zahid juga mempunyai kuasa untuk melihat perjalanan Angkatan Tentera yang diketuai Datuk Seri Hishamuddin Hussein Menteri Pertahanan (sepupu Najib) untuk mengimbangi bidang kuasa agensi kerajaan itu.

Dalam situasi ini ia tidak boleh disalah anggap sebagai satu rampasan kuasa yang tidak mengikut perlembagaan dan perundangan negara.

Ahmad Zahid tidak perlu bimbang tentang Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana dengan peralihan itu kedua-duanya dilihat mampu memimpin dan rakyat seluruh negara akan menyokongnya dari awal kecuali mungkin segelintir dari Pekan (Parlimen Pekan kawasan Najib).

Lagipun Ahmad Zahid mendapat sokongan terbesar dalam Umno dan telah diuji melalui pemilihan Umno, berbanding Najib pula tidak berdiri di atas kekuatan sendiri dalam mana-mana pilihan raya sejak hari beliau menyertai Umno lebih 40 tahun lalu, ia disokong Tun Mahathir dan dinaungi Anwar Ibrahim bahkan Najib sendiri kini  dilihat tidak mempunyai sokongan akar umbi.

Apabila Ahmad Zahid bergerak dari dalam untuk pengambilalihan kuasa, ia akan lebih mudah untuk membersihkan Umno dan menghapuskan politik wang, ramai orang Melayu yang telah keluar Umno  yang  menyertai dan menyokong PKR dan Pas akan kembali kepada Umno dapat dikenalpasti di kalangan yang bersih.

Satu perkara yang Ahmad Zahid boleh pasti adalah beliau akan memenangi undi majoriti daripada keyakinan Barisan Nasional jika beliau serius mengambilalih jawatan Najib dan konco-konconya.

Atau sebaliknya Ahmad Zahid boleh memilih untuk kekal setia kepada Najib dan dengan berbuat demikian dia meletakkan tali gantung di lehernya sendiri.

Kuasa ditangan rakyat bukan di pejabat Perdana Menteri atau Menteri dan Presiden yang telah menggunakan kuasanya secara salah. Kita perlu belajar daripada pemimpin negara lain seperti Muamar Ghadafi dan Saddam Hussein adalah contoh terbaik. Justeru bertindaklah sebelum terlambat.

Ini adalah waktunya apabila Malaysia memerlukan seorang wira sebenar dan satu-satunya orang yang mempunyai peluang adalah Ahmad Zahid Hamidi.

Jika Ahmad Zahid sedar peluang ini, hendaklah ia mengambil maklum  orang-orang seperti penyokong Muhyiddin di kalangan ketua-ketua cawangan untuk mendesak Najib letak jawatan dan kemungkinan Muhyiddin  akan berada di tangga teratas untuk muncul sebagai Perdana Menteri.

Apa yang berlaku pada masa ini ramai pemimpin Umno bersikap mendiamkan diri di setiap peringkat termasuk pergerakan wanita dan pemudanya.

Kita tidak mendengar banyak suara daripada Ketua Pergerakan Pemuda Khairy Jamaluddin dan juga Ketua Pergerakan Wanita Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil kecuali suara yang mendatar.

Shahrizat cuba untuk meyakinkan dia masih setia dengan Najib sedangkan Mahathir lah yang membawanya dalam arena politik. Shahrizat ibarat seperti lalang.

Khairy pula adalah seorang oportunis yang sedang menunggu peluang untuk melihat keupayaannya.

Manakala Ahli Majlis Tertinggi  Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz menunjukkan dia membenci Tun Mahathir dan dia akan menolak semua pendapat Tun Mahathir dan berdiri teguh di belakang Najib dan kemungkinan dia juga boleh menjadi pengkhianat apabila melihat sokongan memihak kepada Ahmad Zahid.

Pada masa inilah Ahmad Zahid perlu menyambar peluang untuk sekian kali dan selamanya kerana dalam politik tidak ada kawan dan musuh yang kekal dan apa jua pakatan strategik boleh dibatalkan dalam tempoh yang singkat walaupun antara musuh dengan musuh (seperti Deklarasi Rakyat).

Semua yang dikatakan ini, sebenarnya Ahmad Zahid tidak mempunyai keupayaan mental untuk berfikir secara strategik, beliau tidak peduli, apa yang beliau peduli adalah dirinya dan kepentingan sendiri, kerana jika dia benar-benar mengambil berat tentang negara dan kepentingan negara Ahmad Zahid akan mahu bekerjasama dengan Muhyiddin sebagai permulaan untuk menyingkirkan Najib.

Jika Ahmad Zahid terus melangkah sendirian beliau tidak akan menjadi Perdana Menteri Malaysia dan bukannya Wira Malaysia.

Tiada ulasan: