Oleh: NAZLI IBRAHIM
AMPANG: Kerajaan Negeri bersedia mempertimbangkan menambah peruntukan biasiswa pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Universiti Selangor (UNISEL) dalam Belanjawan 2016 nanti.
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, jumlah peruntukan itu masih diperingkat kajian dan bergantung kepada permintaan serta keperluan semasa.
“Kita
sedang merangka Belanjawan 2016 dengan teliti. Kita melihat isu
pendidikan adalah isu penting untuk pelaburan jangka panjang dan kita
menyediakan sejumlah peruntukan untuk membiayai pengajian anak-anak kita
di KUIS dan UNISEL termasuk anak-anak kita yang mengambil pengajian
Al-Quran dan menghafaz Al-Quran, kita siapkan biasiswa untuk mereka.
“Bagi 2015 kita peruntukan RM5 juta untuk anak-anak di KUIS belajar Al-Quran dan untuk tahun depan kita masih lagi berbincang jumlah dana yang wajar untuk program yang sama.

“Kalau ada keperluan dan permintaan (untuk menambah) kita sedia menyiapkan peruntukan untuk maksud itu,” kata Mohamed Azmin kepada Selangor Kini pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bernilai RM43,000 Kepada Masjid Jami’ilhuda di Kampung Melayu Ampang, di sini.
Jelas Mohamed Azmin, peruntukan itu dibuat atas kepentingan untuk membina modal insan berkualiti dan berpendapatan tinggi bagi generasi akan datang.
Tambah beliau lagi, pertambahan jumlah rizab yang besar juga tidak memberi makna sekiranya Kerajaan Negeri tidak menterjemahkan kepada bentuk program dan pembangunan untuk dinikmati rakyat.EZY
AMPANG: Kerajaan Negeri bersedia mempertimbangkan menambah peruntukan biasiswa pelajar Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) dan Universiti Selangor (UNISEL) dalam Belanjawan 2016 nanti.
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali berkata, jumlah peruntukan itu masih diperingkat kajian dan bergantung kepada permintaan serta keperluan semasa.
“Bagi 2015 kita peruntukan RM5 juta untuk anak-anak di KUIS belajar Al-Quran dan untuk tahun depan kita masih lagi berbincang jumlah dana yang wajar untuk program yang sama.
“Kalau ada keperluan dan permintaan (untuk menambah) kita sedia menyiapkan peruntukan untuk maksud itu,” kata Mohamed Azmin kepada Selangor Kini pada Majlis Penyampaian Sumbangan Bernilai RM43,000 Kepada Masjid Jami’ilhuda di Kampung Melayu Ampang, di sini.
Jelas Mohamed Azmin, peruntukan itu dibuat atas kepentingan untuk membina modal insan berkualiti dan berpendapatan tinggi bagi generasi akan datang.
Tambah beliau lagi, pertambahan jumlah rizab yang besar juga tidak memberi makna sekiranya Kerajaan Negeri tidak menterjemahkan kepada bentuk program dan pembangunan untuk dinikmati rakyat.EZY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan