Oleh: NORHAYATI UMOR
BERANANG: Belanjawan 2016 yang dibentang 30 Oktober depan bakal menumpukan pembangunan khususnya pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM).
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata hal itu kerana permintaan RMM masih tinggi ekoran ramai penduduk yang masih belum mempunyai rumah sendiri.
Katanya, hasil Rizab negeri digunakan untuk pulangan kepada rakyat.
“Sebab itu kita tolak permohonan mengurus, kita hanya menggunakan wang rakyat hanya kepada rakyat bukan kegunaan lain.
“Oleh itu, dalam Belanjawan 2016, perbelanjaan pembangunan lebih tinggi dari perbelanjaan mengurus,” katanya pada majlis pecah tanah dan pendaftaran Rumah Selangorku, di sini, semalam.
Hadir sama Exco Perumahan, Datuk Iskandar Samad dan Pengerusi Eco World Development Group Berhad, Tan Sri Liew Kee Sin.
Mohamed Azmin berkata ketika ini, statistik menunjukkan hanya 40 peratus unit rumah mewah berjaya dijual.
“Ini menunjukkan kejatuhan jualan nilai hartanah menghadapi masalah pasaran.
“Banyak pemaju yang menangguhkan pelancaran rumah mewah mereka.
“Oleh itu, Kerajaan Negeri sentiasa menghasilkan Rumah Mampu Milik walaupun ketika ini krisis ekonomi kian meruncing,” katanya.EZY
BERANANG: Belanjawan 2016 yang dibentang 30 Oktober depan bakal menumpukan pembangunan khususnya pembinaan Rumah Mampu Milik (RMM).
Dato’ Menteri Besar, Mohamed Azmin Ali, berkata hal itu kerana permintaan RMM masih tinggi ekoran ramai penduduk yang masih belum mempunyai rumah sendiri.
Katanya, hasil Rizab negeri digunakan untuk pulangan kepada rakyat.
“Oleh itu, dalam Belanjawan 2016, perbelanjaan pembangunan lebih tinggi dari perbelanjaan mengurus,” katanya pada majlis pecah tanah dan pendaftaran Rumah Selangorku, di sini, semalam.
Hadir sama Exco Perumahan, Datuk Iskandar Samad dan Pengerusi Eco World Development Group Berhad, Tan Sri Liew Kee Sin.
Mohamed Azmin berkata ketika ini, statistik menunjukkan hanya 40 peratus unit rumah mewah berjaya dijual.
“Ini menunjukkan kejatuhan jualan nilai hartanah menghadapi masalah pasaran.
“Banyak pemaju yang menangguhkan pelancaran rumah mewah mereka.
“Oleh itu, Kerajaan Negeri sentiasa menghasilkan Rumah Mampu Milik walaupun ketika ini krisis ekonomi kian meruncing,” katanya.EZY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan