Memasuki pusingan kedua kempen pilihan raya kecil parlimen Permatang Pauh, BN dan PKR kini dilihat lebih menggiatkan bentuk kempen mereka dengan menaikkan pelbagai papan iklan.
Bagi BN pula, mereka juga dilihat tidak melepaskan peluang dengan turut menaikkan papan tanda yang mengkritik pentadbiran kerajaan Pulau Pinang yang diketuai Lim Guan Eng.
Papan iklan yang baru kelihatan hari ini di Jalan Permatang Pauh itu, turut memaparkan karikatur mengkritik tindakan kerajaan negeri yang didakwa antaranya menaikkan cukai pintu, harga rumah dan air serta ketiadaan rumah kos rendah.
Di samping itu, BN turut meletakkan poster calonnya Suhaimi Subudin di kawasan sekitar Permatang Pauh, tetapi gambar Pengerusinya Datuk Seri Najib Razak masih lagi tidak kelihatan walaupun tempoh berkempen memasukk hari kesembilan.
Selain itu, turut ditemui kain rentang yang bertulis "Jentera PAS dilarang masuk. Tinggalkan pemikiran kolot. Baru boleh bersama kami".
Guan Eng jawab
Kain rentang itu juga diletakkan logo PKR dan DAP tanpa logo PAS. Ia kelihatan di bulatan berhampiran Dewan SP Arena Seberang Prai.
Sementara itu, diminta mengulas papan iklan yang mengkritik kerajaan negeri, Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng berkata, Pakatan tidak akan melayan perkara itu.
MP Bagan yang juga setiausaha agung DAP berkata isu berkaitan air melibatkan kerajaan Persekutuan dan bukan kerajaan negeri.
"Mereka (kerajaan Persekutuan) yang lakukan, kita yang kena. Yang cadangkan (tarif air naik) ialah Pusat.
"Saya rasa kita hanya nak tumpukan isu utama iaitu GST. Kalau kita nak layan mereka pun tengok pada kemampuan kita. Kita tak ada nak bagi makan, minum percuma," katanya kepada Malaysiakini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan