MALAYSIAKINI
Timbalan ketua Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata
penentangan ke atas hudud merupakan salah satu daripada sikap
Islamophobia.
Beliau yang juga anak kepada presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang
berkata, sikap itu aneh kerana golongan yang menentang hudud dapat
menerima hukuman mati di mahkamah sivil.
“Hududophobia ialah sebahagian daripada Islamophobia yang melanda masyarakat dunia hari ini.
“Ada yang mengecam Hudud dengan alasan ianya adalah undang-undang kejam dan melanggar hak asasi manusia.
“Peliknya mereka boleh menerima pula hukuman mati di atas kerusi
elektrik dan gantung sampai mati,” katanya dalam satu kenyataan.
Muuhammad Khalil juga membayangkan bahawa PAS tetapi akan mendapat sokongan dengan melaksanakan hudud.
“Ada yang mempertikaikan isu hudud tidak perlu diberikan keutamaan
kerana khuatir pengundi tak akan memberikan undi kepada PAS dalam
pilihanraya nanti.
“Akan tetapi peningkatan keahlian PAS mutakhir ini sehingga sudah
menjangkau 1 juta ahli menunjukkan bahawa masyarakat Islam di Malaysia
menghormati PAS,” katanya.
Beliau mengaitkan perkara itu dengan ketegasan PAS dalam prinsip Islam dan sikap hormat kepada kedudukan orang bukan Islam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan