Oleh Aspan Alias |
Wan
Azizah membuat deklarasi yang beliau mendapat 30 undi sokongan dalam
Dewan Undangan negeri Selangor dan beliau mempunyai hak untuk menjadi
Menteri Besar menggantikan Khalid yang telah di pecat dari partinya dan
tidak mempunyai cukup bilangan ahli Dewan Undangan menyokong beliau.
Jika
itu ada kebenarannya maka elok di bawa ke Dewan Undangan dan lakukan
usul tidak percaya terhadap Khalid. Dewan akan bersidang November ini
dan usulkan sahaja undi tidak percaya terhadap Khalid.
Tetapi buat masa ini Khalid masih Menteri Besar dan elok ditunggu
sehingga November setelah Dewan Undangan Negeri bersidang. Kekalkan
sahaja sokongan yang di perolehi dan tidak perlu bising-bising dan
diterjemahkan kepada undi dalam usul tidak percaya kepada Menteri Besar
itu nanti. Apa-apa boleh berlaku sementara menunggu Dewan Undangan
Negeri bersidang November ini.
Tidak perlu tergesa-gesa kerana Wan Azizah sudah dapat sokongan
majoriti sebagai yang beliau umumkan pagi tadi. Kerja tergesa-gesa akan
merumitkan lagi keadaan kerana bertindak secara tergesa-gesa akan
memberikan kecenderungan untuk membuat keputusan yang tidak tepat.
Tidak perlu lagi mendesak untuk PAS menentukan sikap mereka kerana PAS
hanya memerlukan seminggu sahaja untuk membuat penentuan itu. Bak kata
Sallehudin Ayob, Naib Presiden PAS, ini bukan hendak menukar Ketua
Kampung, tetapi ini menukar Menteri Besar. Apa hal di sebalik tindakan
tergesa-gesa ini?
Dengan perkembangan terbaru ini tidak mustahil jika pilihanraya negeri
akan berlaku dengan pembubaran Dewan Undangan Negeri November ini atau
lebih awal dari itu. Jika tidak ada penyelesaian diperingkat parti-parti
dalam PR, maka biarkan rakyat membuat penentuan dan buat keputusan
muktamad.
Dalam pada itu TS Khalid perlu memberikan penjelasan hingga keakar umbi
apa yang sedang berlaku melalui penerangan kepada struktur pentadbiran
kerajaan yang terendah yang bersama dengan rakyat ramai iaitu JKKK.
Sebagai kerajaan TS Khalid patut memberikan fahaman kepada semua
ketua-ketua kampung kerana ketua-ketua kampung adalah pegawai kepada
kerajaan yang memerintah apa pun parti yang mentadbir mereka.
Khalid perlu mendapatkan ‘feedback’ dari orang ramai dan rakyat bawahan
untuk semua pihak mengambil keputusan yang paling hampir kepada
kemahuan pengundi-pengundi yang ramai. Kemelut sebegini kalau tidak
diawasi dan dikendalikan dengan baik mungkin akan membawa kepada
kekecuhan di setiap peringkat.
Jabatan Penerangan sepatuitnya melakukan penerangan meminta semua pihak
untuk bersabar dan dalam setiap penerangan itu perlu ada bersama
pegawai-pegawai keselamatan bersama. Yang paling penting di berikan
penerangan ialah semua ahli-ahli jawatankuasa kerana pemimpin-pemimpin
di setiap JKKK ini merupakan pentadbir kepada semua rakyat. Tidak ada
rakyat yang tidak ditadbir oleh mana-mana stuktur pentadbiran kerajaan.
Yang penting sekarang ini para pelaksana mesti melakukan apa yang perlu
bagi mententeramkan semua pihak yang bertelingkah. Tindakan perlu
'preemptive' kerana kita sudah masak dengan hasil perkelahian seperti
ini sejak lama dahulu.
Tindakan pelaksana ialah untuk mengamankan keadaan di akar umbi kerana
setiap pertelingkahan pimpinan akan dirasai oleh rakyat di akar umbi.
Dalam kita menunggu keputusan PAS pada 17 hb Ogos ini, segala
pertimbangan perlu dibuat untuk menentukan semua pihak tidak terbabit
dengan pertelingkahan terbuka kerana ia akan menjejaskan keadaan dan
keamanan.
Tekanan terhadap PAS kian memuncak dari dua parti yang lain yang berada
dalam Pakatan Rakyat dan jika akhirnya PAS bersama mereka keadaan tidak
akan sama lagi kerana masing-masing telah merasakan bahang tekanan DAP
dan PKR ini.
Dalam hal ini PAS perlu hanya memikirkan apa yang betul apa yang salah
dalam tindakan pemimpin yang membuang pemimpin yang berada dalam parti
sendiri. Nilailah samada pemecatan Khalid atau sebelumnya itu untuk
memaksa Khalid keluar dari Pajabat Menteri Besar itu adalah semata-mata
kerana keperluan individu yang terdesak yang kita anggap sebagai
pemimpin selama ini.
Bagi mereka yang mempunyai pemikiran yang jelas dan jujur Khalid dari
awal tidak sepatutnya ditolak dari Pejabat Menteri Besar itu kerana
Khalid bukan mahu berada di sana sepanjang hayatnya, hanya setakat
menamatkan penggal yang sekarang sahaja. Tetapi oleh kerana ada manusia
yang begitu 'desperate' kerana kesalahannya sendiri sanggup meletakkan
parti yang dipimpinnya berpecah seperti yang kita lihat sekarang ini.
Sanggupkah PAS tunduk dengan tekanan seperti ini, terpulang kepada
kewibaan perjuangan parti itu. ‘Either way’ PAS akan menjadi mangsa
permainan politik individu dalam PKR dan permainan politik 'menangguk
diair yang keruh' dari sebuah lagi parti komponennya itu.
Kalau hendak tunggu dalam Pakatan pun tidak membawa apa-apa kebaikan
maka tindakan untuk tidak bersama adalah tindakan yang paling wajar
untuk di ambil oleh PAS. PAS tidak boleh memandang rendah kepada
kemampuannya sendiri. Yang penting PAS perlu mempertimbangkan dan
menilai keadaan dalam konteks ‘big picture’ politik tanahair bukan
setakat menilai di sekeliling keadaan di Selangor sahaja.
Rakyat sedang melihat, terutamanya bangsa Melayu samada PAS tegas
dengan pendiriannya untuk bangsa dan agamanya atau setakat parti yang
bermain politik lebih-lebih lagi politik mempertahankan politik peribadi
individu yang rakus untuk berkuasa semata-mata.
Tidak ada sebab PAS bersama mempertahankan individu itu, sedangkan
individu itu sendiri yang menyiksa dan lalai terhadap dirinya sendiri.
Bagaimana pun PAS tentu lebih arif bagaimana untuk bertindak seterusnya……
http://aspanaliasnet.blogspot.com/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan