MALAYSIAKINI
Seorang perwakilan tidak dapat menahan kesedihannya kerana didakwa
“dibuli” oleh sekutu mereka, PAS di Terengganu sehingga tidak mampu
memenangi kesemua kerusi yang ditandingi dalam pilihan raya umum lalu.
Wakil negeri itu, Azlan Che Mat dengan nada sayu berkata, PKR Terengganu
amat kecewa kerana PAS turut merampas kerusi yang berpotensi untuk
dimenangi mereka dan enggan memberi kerjasama semasa kempen pilihan
raya.
"Kami menangis, kerana di dalam PRU yang lepas, kami dimomok,
dihinjak-hinjak. Alhamdulillah, walaupun kita diinjak-injak oleh parti
Umno kita menang satu kerusi.
"(Tapi)
yang kita cukup sedih, cukup menangis, kita diinjak-injak oleh rakan
kita PAS Terengganu," katanya dalam perbahasan untuk menyokong Usul
Antarabangsa di Kongres Nasional PKR ke 10 hari ini.
Beliau seterusnya berharap agar presiden parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah
Wan Ismail serta timbalannnya, Azmin Ali dapat membantu memulihkan
kerjasama Pakatan di negeri itu.
"Saya minta jangan takut kepada PAS Terengganu, bukan PAS Pusat. Saya minta YB presiden, tolonglah, tolong Terengganu.
Masalah kerjasama
"Kami nak kembalikan semula kemenangan dari tangan Umno untuk Pakatan
rakyat tapi kami melihat PAS Terengganu masih tidak bersedia untuk
bersama Pakatan Rakyat," kata beliau.
"Saya ucap taniah kerana dia (Azmin) menang, sebab itu saya minta dia
tolong, datang ke Terengganu buat pembetulan balik, atau bantu bentuk
satu sekretariat Pakatan Rakyat Terengganu," kata beliau.
Dalam pilihan raya tersebut, PKR pada asalnya diberi peluang bertanding di enam kerusi DUN dan satu kerusi Parlimen.
Walaubagaimanapun, PAS tetap meletakkan calon mereka di kerusi PKR
sehingga berlaku pertindihan calon Pakatan di DUN Bukit Besi, Kota
Putera dan Seberang Takir.
Selain kerusi parlimen Kemaman, tiga lagi kerusi DUN yang ditandingi PKR ialah Permaisuri, Bandar dan Telemong.
PKR tewas di semua kerusi DUN dan parlimen kecuali di DUN Bandar yang ditandingi oleh Pengerusi PKR Terengganu, Azan Ismail.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan