MALAYSIAKINI
Jaringan Melayu Malaysia (JMM) negeri Perak hari ini membuat laporan polis berhubung kenyataan seorang individu dikenali sebagai Kelvin Yip yang memuat naik status di laman sosial Facebook yang mempersendakan agama Islam.
Laporan polis dibuat Ketua Pengarah JMM Perak Hamdan Mohd Salleh
bersama-sama beberapa anggota badan bukan kerajaan itu di Ibu Pejabat
Polis Daerah Ipoh pada pukul 3.25 petang.
Hamdan berkata perbuatan individu terbabit adalah provokasi berniat
jahat dan satu gerakan yang terancang untuk merosakkan hubungan antara
kaum di negara ini serta menggugat ketenteraman awam.
"Kami dari JMM Perak meminta kerajaan mempertimbangkan semula Akta
Keselamatan Dalam Negeri antaranya untuk menangani kejadian seperti
ini," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis.
Beliau berkata JMM Perak akan terus menggesa kerajaan supaya tidak
berdiam diri dalam membendung perkara seumpama itu supaya keharmonian
negara tidak tergugat oleh anasir halus terutama di media sosial.- Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan