Jumaat, 22 Ogos 2014

Kongres kali terakhir Anwar sebelum dipenjara, kata Pemuda PKR

OLEH MOHD FARHAN DARWIS .


Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin berkata Kongres Tahunan kali ini kemungkinan kongres terakhir Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 Ogos, 2014.
Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin berkata Kongres Tahunan kali ini kemungkinan kongres terakhir Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim. – Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim


Ketua Pemuda PKR Shamsul Iskandar Mat Akin membayangkan Kongres Tahunan parti itu kali ini kemungkinan kongres terakhir Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, memandangkan beliau bakal dihadapkan ke Mahkamah Persekutuan pada Oktober atas dakwaan meliwat bekas pembantunya.

Shamsul berkata, tindakan berkenaan adalah kezaliman Barisan Nasional (BN) dan Umno yang bakal mencetuskan kebangkitan "Reformasi" seperti pada 1999 ketika ketua pembangkang itu dipenjarakan.

 "Itu adalah resepi kemarahan rakyat, bagaimana reformasi bermula, rakyat marah," katanya dalam ucapannya sempena Kongres Tahunan Ke-10 Pemuda PKR di Shah Alam hari ini.

"Tindakan zalim seperti ini, BN akan menghadapi tindakan sukar, protes besar-besaran akan kita gerakkan," katanya, menambah tindakan menghukum Anwar itu bercanggah dengan "citarasa politik" masa kini.

Ahli Parlimen Bukit Katil itu berkata, beliau bukan bertujuan menekan Mahkamah Persekutuan, sebaliknya hanya meminta sistem penghakiman meneliti dokumen perbicaraan dengan teliti sebelum menjatuhkan hukuman.

"Bukan kita mahu beri tekanan kepada Mahkamah Persekutuan, tetapi mereka perlu teliti dengan lengkap dokumen Mahkamah Tinggi," katanya.

Anwar dijatuhkan hukuman penjara 5 tahun oleh Mahkamah Rayuan sebelum ini selepas didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari Azlan.

Tiada ulasan: