Isnin, 18 Ogos 2014

Kerana rupa macam ’syaitan’ bertindik, Dubai halau keluar

KL TODAY

 
 Foto  ROLF miliki 453 lubang pada muka, telinga dan anggota tubuh.


Dubai: Pihak berkuasa Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai semalam melarang lelaki warga Jerman, Rolf Buchholz, memasuki negara itu, sebaliknya mengarahnya menaiki pesawat untuk pulang dari tempat dia berlepas.

Menurut laporan akhbar Emarat Al Youm, Rolf dihantar semula ke Turki.Sumber yang dipetik laporan itu menyatakan, muka lelaki itu penuh dengan tindikan, berlubang dan juga mempunyai dua ‘tanduk’ pada dahinya.

“Orang ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai ketakutan melihat penampilannya,” menurut laporan itu.

Buchholz dikatakan datang ke Dubai untuk muncul di satu pertunjukan kelab malam yang mempamerkan orang paling ganjil di dunia.

Dia hadir sebagai orang paling banyak lubang pada muka, telinga dan anggota tubuh lain – 453 semuanya.

Menurut laporan media, Buchhoz, pengatur cara komputer, menjalani pembedahan plastik besar-besaran untuk mendapatkan penampilan sedemikian.

Dia diiktiraf oleh Buku Rekod Guinness pada 2012 selaku lelaki paling banyak bertindik di dunia.- Agensi

Tiada ulasan: