MALAYSIAKINI
Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim berkata keputusan
PKR yang memecat keanggotaan beliau daripada parti adalah “salah dan
cacat dari segi undang-undang”.
Katanya, beliau bagaimanapun tetap menerima keputusan tersebut dan akan
meneruskan khidmatnya sebagai menteri besar, sementara menunggu
pandangan Sultan Selangor berhubung kedudukannya.
Khalid dan Sultan Sharafuddin Idris Shah akan hadir di satu majlis di masjid negeri, Shah Alam esok.
“Sehingga
isu ini diselesaikan mengikut prosedur yang betul, mengikut peruntukan
undang-undang yang termaktub dalam Undang-undang Tubuh Negeri, saya
akan meneruskan khidmat terbaik kepada rakyat sebagai menteri besar
mengikut kemampuan saya,” katanya dalam satu kenyataan.
Mengulas lanjut mengenai tindakan pemecatan beliau, Khalid mendakwa
pemecatan itu juga berpunca dari perbuatan khianat dari pemimpin
tertinggi PKR.
“Saya tidak diberikan peluang dan proses yang adil untuk menjawab semua
tuduhan terhadap saya mengikut tatacara yang teratur dan adil.
PKR keliru, ada sabotaj
“Saya percaya ada tindakan sabotaj dari pihak tertinggi parti,” katanya
lagi yang mendakwa PKR “keliru” dengan tuduhan ke atasnya.
Malah, parti itu juga gagal menyatakan secara khusus peruntukan parti yang didakwa telah dicabuli oleh beliau.
PKR yang menghadapi masalah untuk bekerjasama dengan Khalid mengarahkan
agar presiden parti Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggatikan
kedudukannya.
Beliau bagaimanapun enggan berbuat demikian, yang menyebabkan lembaga disiplin mengarahkan beliau menjelaskan mengenai lima isu.
Ia melibatkan rancangan menstruktur semula industri air Selangor,
kenaikan elaun menteri besar, kenaikan lesen perniagaan, lebuh raya
Kidex dan penyelesaian hutang RM66 juta Khalid dengan Bank Islam.
Khalid bagaimanapun tidak hadir ke sesi pendengara tersebut dan mengirim
surat bagi memohon penangguhan dan juga butiran lebih jelas berhubung
tuduhan berkenaan.
Khalid juga kecewa kerana lembaga tersebut meneruskan sesi pendengaran
tersebut, sehingga menyebabkan beliau dipecat daripada parti hari ini.
Majlis Pimpinan Pusat PKR pada petang ini memutuskan untuk memecat keanggotan beliau daripada parti berkuatkuasa serta merta.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan