Tiga tahun lagi pilihanraya umum
akan diadakan dan apa yang berlaku semasa itu nanti tidak dapat kita telah.
Politik negara begitu ‘fluid’ dan apa sahaja boleh berlaku, dan ia bergantung
kepada permainan politik kedua-dua belah pihak BN dan Pakatan Rakyat. Kita
lupakan sahaja apa yang baik yang akan dilakukan oleh kedua-dua belah pihak
kerana mereka tidak memberikan tumpuan kepada negara selain daripada bermain
politik untuk kepentingan peribadi individu-individu dalam parti-parti
tersebut.
Politik sekarang ialah politik
untuk pergaduhan dan bukan untuk menyatukan rakyat. Rakyat dijadikan sebagai
alat mereka membuat tuntutan sahaja. Lagi berkocak rakyat lagi untung setengah
pihak. Apa pun yang terjadi ia pihak kerajaan tidak akan berhadapan tekanan
seperti yang mereka hadapi semasa PRU ke-13 lalu.
Apa yang berlaku di Selangor
kini, akan memberikan impak yang begitu negatif terhadap Pakatan Rakyat.
'Lenggang tidak sehayun lagi, langkah sudah tidak seirama lagi' dan
bermacam-macam lagi yang tidak kena samada dalam masalah ‘intra-party’
yang
dialami oleh parti-parti dalam Pakatan Rakyat, tetapi mereka juga
berhadapan
dengan masalah ‘inter-party’ dalam gabungan itu.
Dalam PRU yang lalu ‘life force’
yang ada dalam diri masing-masing dalam Pakatan Rakyat begitu tinggi dan
seolah-olah BN akan terkubur selepas sahaja dalam pilihanraya itu.
Pemimpin-pemimpin tertinggi dalam Pakatan Rakyat sudah ada yang mendabik dada
dan memberi amaran kepada banyak agensi kerajaan yang mereka akan diambil
tindakan setelah Pakatan Rakyat berada di Putrajaya.
Semasa itu saya bersama-sama
mendukung perjuangan mereka dan saya telah gambarkan yang selepas PRU itu ramai
pemimpin BN akan masuk ke Sungai Buluh kerana sudah ada kecenderungan
masing-masing mahu membesarkan keluasan penjara Sungai Buluh semasa itu untuk
menempatkan ramai pimpinan BN di sana.
Semasa mereka menyebut tentang
penjara Sungai Buluh terasa juga di dalam diri saya yang Pakatan Rakyat tidak
akan berjaya kerana kerakusan untuk berdendam semasa itu amat tinggi. Saya tahu
yang sikap itu akan digagalkan oleh ‘nature’ kerana itu bukan matlamat
perjuangan seperti yang tertulis dalam manifesto Pakatan Rakyat yang sentiasa
ada dalam saku saya.
Imbasan yang datang kepada saya
memberikan keyakinan yang matlamat PR akan terbengkalai kerana sikap terlalu
ghairah untuk berdendam itu akan menyekat kemaraan PKR untuk ke Putrajaya.
Keputusannya telah kita saksikan dan apa yang terasa di dalam hati saya dan
beberapa orang yang berbincang secara ‘private’ itu benar-benar berlaku. Bagi
saya keputusan itu tidak mengejutkan walaupun ada pemimpin DAP yang begitu
yakin yang Pakatan Rakyat akan memenangi 125 kerusi di dalam Dewan Legislatif
Persekutuan.
Apa pun semasa dalam masa
berkempen Pakatan Rakyat telah menunjukkan kemampuan untuk membina aura penentangan
yang besar terhadap BN tetapi keputusannya tetap kalah. Berbagai-bagai tuduhan
terhadap pihak pemerintah seperti SPR dan sebagainya, malahan ada tuduhan yang
mengatakan seramai 40,000 pengundi dari Bangladesh telah mengundi secara
haram semasa PRU itu dan berbagai-bagai lagi. Tetapi mereka yang sudah masak
dengan politik negara ini isu itu hanyalah isu untuk mengalihkan perasaan
kekalahan dan kelemahan mereka kepada pihak lain.
Tetapi bagaimana pula kemungkinan
yang akan berlaku dalam PRU yang akan datang? Bagi setengah pihak keadaannya
adalah ‘predictable’. Ada
yang yakin yang PR akan berjaya menumpaskan BN dan ada yang mengatakan yang BN
akan lebih kuat dari sekarang. Semuanya berhak umtuk membuat telahan dan
andaian masing-masing.
Tetapi jika didasarkan kepada
penilaian yang agak ilmiah, tidak mungkin Pakatan Rakyat akan mendapatkan
kejayaan lebih dari apa yang mereka perolehi semasa PRU yang lalu. Perpecahan
hari ini, mengambil masa untuk bersatu kembali dan cantas-mencatas di antara
mereka akan tetap berterusan. Masing-masing ramai yang tidak berpuas hati
dengan parti masing-masing dan parti-parti yang menganggotai Pakatan Rakyat
itu.
DAP terutamanya, tersangat
mengada-ngada dan menekan PAS dalam isu Khalid Ibrahim ini. DAP mahukan
semuanya dalam Pakatan Rakyat mahu mengikut telunjuknya dan perasaan tidak puas
hati terhadap rakan kongsinya itu dengan mengambil kesempatan untuk melakukan tekanan terhadap PAS sekarang ini. .
Saya begitu tertarik dengan
kenyataan Subki Latif, veteran PAS, yang berpendapat amat mudah untuk menyalahkan
PAS tetapi DAP dan Anwar tidak melakukan secukupnya untuk mempertahankan
Pakatan Rakyat daripada berpecah. PAS tidak bersetuju untuk menyingkirkan Khalid
Ibrahim, samalah seperti DAP tidak bersetuju dengan pelaksanaan hudud. DAP
tidak bersetuju dengan hukum hudud tetapi PAS tidak pernah mendesak supaya Lim
Guan Eng meletakkan jawatan.
PAS seperti DAP juga, sedar
mempunyai kemahuan agar Pakatan Rakyat kuat, tetapi takkanlah PAS sahaja yang
berkorban. Sesungguhnya perpecahan dalam Pakatan Rakyat terutamanya di Selangor
adalah kesalahan semua parti dan PAS tidak wajar menjadi kambing hitam kerana
ketamakan kuasa sesetengah pemimpin dalam Pakatan Rakyat itu.
Kecenderungan Anwar hanya mahukan
semua dalam Pakatan Rakyat itu untuk mendengar dan tunduk kepada telunjuknya
sahaja itu akan melemahkan semangat parti-parti dan ahli yang menganggotai
parti-parti dalam Pakatan Rakyat itu.
Anwar tidak boleh menggunakan
sokongan yang telah diterimanya untuk menyembelih sesiapa di kalangan jemaah
kepimpinannya. Yang hendak dipaksanya ini adalah manusia yang mempunyai
perasaan dan bukannya haiwan belaannya.
Sedangkan 'anjing kurap pun boleh
mengotekkan ekornya kalau dibuli' sedemikian rupa. Apatah lagi manusia yang
telah sama-sama menyumbang kepada pembangunan negeri Selangor dan menaikkan
imej parti itu dahulu.
Jika tidak dilakukan ‘langkah
kajang’ dahulu, keadaan yang kita hadapi sekarang mungkin tidak akan kita
alaminya. Ingat tu. Sesungguhnya keadaan sekarang adalah satu keadaan yang
begitu ‘unnecessary’ untuk berlaku.
Perancangan untuk menjatuhkan
pemimpin dalam parti sendiri itu adalah perbuatan yang hanya dilakukan oleh
mereka yang dipandu oleh ‘devilish intentions’ dan ia bermula dengan ‘Kajang
Move’ yang dimulakan oleh ‘semua orang tahu’ itu.
Sesudah itu paksa PAS untuk
mengikut telunjuk mereka. Anwar mahukan dirinya seperti Nabi Adam di mana semua malaikat
itu tunduk kepadanya. Yang tidak tunduk dianggapnya sebagai Iblis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan