WARTA UTARA
IPOH:
Lembaga Pemulihan dan Penyatuan Tanah Persekutuan (Felcra) dinasihatkan
agar tidak lari daripada matlamat sebenar penubuhannya itu.
Pesuruhjaya
PAS Perak, Razman Zakaria berkata, Felcra yang ketika ini dipengerusikan
oleh Dato’ Bung Mokhtar seolah-olah menyimpang daripada matlamat asal
mereka iaitu meningkatkan sosio ekonomi penduduk luar bandar khususnya
bumiputera.
Beliau diminta mengulas kenyataan Bung Mokhtar kepada pemberita
selepas Majlis Sambutan Aidlfitri Felcra Berhad yang mengumumkan warga
Felcra bakal menerima bonus enam bulan sekiranya berjaya mengekalkan
keuntungan sehingga RM100 juta pada tahun berkahir 2014.
Razman menyatakan, peranan yang lebih penting yang perlu Felcra
utamakan ialah pemulihan tanah yang terbaik untuk memberikan pulangan
kepada tuan tanah yang sudah tidak berupaya
mengusahakannya.
“Ketika
ini, tuan tanah seolah-olah tertindas, pulangan yang diperoleh oleh tuan
tanah adalah tidak setimpal dengan keluasan tanah yang mereka miliki,
kelihatan agensi pengurus Felcra lebih untung berbanding dengan tuan
tanah.
“PAS Perak tidak menolak bonus, ia adalah satu faktor penggalak
produktiviti syarikat tetapi biarlah kenikmatan dikongsi dan dirasai
bersama,” katanya kepada Harakah 13 Ogos lalu.
Pengerusi Badan Bertindak Peneroka Felcra (Bapa) itu menjelaskan,
tanggungjawab lebih besar yang belum berjaya direalisasikan sebaik
mungkin oleh Felcra ialah mewujudkan peluangpeluang pekerjaan kepada
belia-belia dan keluarga-keluarga yang tiada memiliki tanah.
Felcra juga kata beliau gagal memperbaiki taraf ekonomi
penduduk-penduduk di luar bandar dan seterusnya meneruskan jurang
perbezaan pendapatan dikalangan rakyat.
Tegas beliau, Felcra juga masih gagal meninggikan lagi daya
pengeluaran, terutamanya dalam sektor pertanian melalul teknik moden,
perancangan yang teratur dan baik, kakitangan yang cekap dan keadaan
perumahan serta kemudahan- kemudahan kerja yang memuaskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan