Anti MLM Business di Malaysia : Sekarang
boleh dikatakan kos sara hidup terus melonjak tinggi meinggalkan
skala kenaikan gaji rakyat Malaysia hanya suam-suam kuku sahaja. Itu
sebablah boleh kita lihat ada sahaja MLM business di Malaysia yang
tumbuh bagaikan cendawan bagi “memerangkap ahli dan pelanggan baru dengan kaedah yang cukup tidak beretika” contohnya kes (DI SINI)
Yang menjalankan pernigaan dan MLM
business di Malaysia dengan penuh beretika dan tidak menipu orang ramai,
Berita Semasa ucapkan tahniah. Anda sememangnya peniaga yang unik. Ehem…..
Tetapi dengan lambakan MLM Business dan
lambakan peniaga MLm baru yang tiada latar belakang pengurusan kewangan
dan ilmu berniaga yang kuat, menyebabkan mereka mudah goyang dek kerana
digoncang dengan cabaran dan liku-liku dalam perniagaan sehingga
timbulnya perasaan ingin cepat kaya dengan cara pintas walaupun terpaksa
memperdayakan orang lain atas nama “mengejar kekayaan dan pangkat dengan cepat“.
Anti MLM Business di Malaysia : Ramai Yang Mahu Jadi Jutawan Segera Dengan Jalan Pintas
Timbullah, modus operandi kalangan yang
mendesak pelanggan untuk buat pinjaman peribadi dengan Bank Rakyat
terutamanya kakitangan kerajaan, pinjaman peribadi Easy RHB, memperdaya
golongan pelajar yang masih terpakai-kapai mencari identiti dan
pengalaman hidup.
Bersama-sama ini Berita Semasa ingin
kongsikan kisah benar yang pernah terjerat dengan kalangan upline MLM
Business yang sanggup bebruat apa sahaja, asalkan mencapai sasaran yang
ditetapkan oleh pihak atasan mereka. Semoga menjadi pengajaran kepada
adik-adik di kolej, universiti, IPTA, kalangan kakitangan kerajaan dan
cikgu-cikgu supaya lebih berhati-hati jika mahu terjebak dengan MLM
business di Malaysia.
Samada mahu masuk MLM business atau
tidak, terpulang. Itu pilihan dan kehendaka nda. Tetapi saranan Berita
Semasa, berhati-hatilah.
Assalamualaikum,
Adakah anda anti MLM? Saya yakin ramai yang menjawab YA! Jikalau anda bertanya kepada saya? Saya akan jawab YA!!! Kerana itulah saya tidak hairan kalau ramai yang anti MLM business di Malaysia kerana pendekatan beberapa jenis MLM di Malaysia yang sangat agresif dan tidak bertimbang rasa. Kenapa?Ini adalah kerana saya ada banyak kenangan pahit tentang rakan-rakan atau orang asing yang mengajak saya join MLM pada waktu dahulu. Paling parah orang yang kenakan saya ini dari Kuantan Pahang. Minta maaf saya sebut nama MLM business ni iaitu Elken. Saya dan Juli di ajak datang ke Kuantan oleh seorang caller ni dengan alasan mahu join bisnes kami.Berbekalkan harapan yang tinggi kerana makcik ini beriya sangat katanya nak join bisnes, kami pergi juga ke Kuantan tumpang Dr. Juhari. Kami bermalam 1 malam di Kuantan. Semuanya menggunakan perbelanjaan sendiri. Masa tu duit belum mahsyuk lagi so, bagi kami yang merupakan pelajar dan baru je nak mula bisnes memang agak sempitlah keadaan masa tu. (masa itu kami belum ada kenderaan dan baru sangat dalam hal bisnes ini).So, kami berjumpalah makcik tersebut dan suaminya yang menjemput kami di tempat kami menginap. Dalam kereta bukan main beriya bertanya hal bisnes kami dan katanya nak bawa kami sembang-sembang di suatu tempat yang lebih aman. Tapi anda tahu tak ke mana dia bawa kami? Ke bangunan Elken! Tapi kami ok lagilah walaupun agak terkejut kerana makcik langsung tak beritahu kami apa-apa tentang Elken ni. So, mula-mula sembang di meja bulat, masa tu orang-orang di sana senyum-senyum pada kami dan tanya pada makcik ‘orang baru ke’? Makcik jawab ‘ya dari KL’ (sambil sengih-sengih). (owh tolonglah masa tu kami sangat mentah nak tahu trick macam ni. Makcik ni pulak macam bangga betul dapat perangkap orang dari ‘KL’).Tiba-tiba datang seorang lelaki yang dikenali sebagai ‘cikgu’ alih-alih dia tunjuk cek komisen dia pada kami. Eh apahal pulak ni? Kami datang bukan nak tengok duit/ cek dia. Saya ingat lagi cek tersebut nilainya RM3000 tapi saya tak hairan pun sebab dah mula rasa ‘tertipu’. So, slow-slow makcik ni mula cucuk jarum. Ok sabar-sabar…..Setelah beberapa lama kami dengar cerita makcik ni dia ajak kami masuk dewan. Masyaallah, rupa-rupanya tengah ada ceramah Elken lah. Saya dan Juli berpandangan sebab kenapa pulakkami kena dengar ceramah Elken! Patutnya makcik tu yang dengar penerangan kami tentang bisnes yang kami buat! Saya mula panas punggung dan ajak Juli keluar. Kami keluar dan makcik tu ikut. Kami diajak duduk lagi di meja bulat dan tiba-tiba anda tahu tak apa berlaku!Aduhhhhhh. Tiba-tiba kami didatangi beberapa orang upline makcik yang berbangsa Cina dan bawa borang ahli. Owh, kami dikerumuni macam gula dan dipaksa-paksa sign atas borang tu. Makcik senyum-senyum kerana dah dapat perangkap saya dan Juli. Kami pun tak nak lah sign sebab bukan tujuan kami nak masuk Elken. Keadaan bertambah panas apabilasuami makcik tu pulak macam mula nak naik angin. Muka makcik juga dah berubah jadi sedih. Kami disuruh keluarkan I/C pulak tapi kami mestilah tak nak. Kami tetap tak mahu sign. Bukan kerana kami kata Elken tak bagus tetapi adalah kerana makcik dan suami dah TIPU kami yang datang jauh dari Bangi! Tergamaknya makcik ni!!Akhirnya setelah kami puas dipujuk dan tak mahu sign kami pun pulang. Dah sampai di tempat kami menginap makcik tu pujuk lagi supaya join Elken. Kami pun buka cerita pasal bisnes yang kami jalankan (at least kami share juga tentang our bisnes kan) walaupun badan dah mula longlai dan geram juga lah dengan makcik dan suaminya tu. Tetapi, as what has been expected ? makcik memang tak mahu join bisnes kami dengan alasan tak ada duit. Kami tak hairan pun dengan kata makcik tu sebab dia memang pandai buat trick kan.Begitulah salah satu (baru satu ? ada banyak lagi) pengalaman saya yang di tipu oleh orang MLM. Sebab itulah ramai yang anti MLM dengan adanya orang seperti makcik ni yang menipu macam tu.Saya tahu perasaan orang yang tertipu gara-gara MLM ni dan tak mahu orang lain terkena juga. Saya lihat sekarang ini ada beberapa jenis MLM yang ‘malu-malu’ nak nyatakan mereka tu MLM apa dalam brochure dan sms yang dihantar (kenapa malu kalau anda memang syarikat dan MLM yang bagus?).Umpan mereka :
- MENJANA PENDAPATAN 4-5 ANGKA SEBULAN lah
- UBAH NASIB KELUARGA ANDA lah
- JADI JUTAWAN KERJA DARI RUMAH lah
- TAK PAYAH JUAL BARANG lah dan macam-macam lagi yang berunsurkan WANG dan KESENANGAN tetapi tidak sebut sikit pun apa bisnes yang dijalankan.
Kalau kita call pula, si penjawab akan kata”Datang lah dahulu ke ceramah ni, lain dari yang lain” tetapi tak cakap pun dia tu bisnes Syarikat Cap A etc. Aduhai.
Ok kesimpulannya, untuk berniaga MLM buatlah dengan cara yang betul jangan memburukkan lagi status MLM yang sebenarnya bagus dan eksklusif! Buktinya saya TAK PERNAH buat ‘trick’ macam makcik tadi dan tak buat sms atau iklan yang samar-samar tetapi masih boleh memperoleh pendapatan 5 angka sebulan. Kejujuran itu asas kejayaan. Anda mampu mengubahnya. Wassalam.
p/s: Saya tidak kata produk Elken tidak bagus. Ada juga pengedar Elken yang saya kenali bagus dan bermoral. Cuma makcik dari Kuantan itu je yang menjejaskan imej Elken dalam hati saya. Itu adalah pandangan dan pengalaman peribadi sahaja. Harap maklum.
Anti MLM Business di Malaysia : Jual Konsep Vs Jual Produk?
Bagi Berita Semasa sendiri, kita perlu
faham MLM ini sebenarnya menjual konsep dan yang ingin dijual itu
hanyalah sebagai salah satu daripada alat pendekatan sahaja. Dan apabila
anda sudah menceburkan diri dalam MLm business tersebut, anda perlu
buat kerja :
- cari downline
- tidak semua upline MLm business di Malaysia ini menipu, tetapi ramai yang menipu sekarang
- Yang tidak menipu dalam meniaga di mana percaya kepada konsep dan sanggup tebal muka, mereka-mereka ini yang akan berjaya
- Cuma bagi yang hanya memikirkan ia cara cara mudah untuk senang, mereka-mereka inilah yang akan terkandas
- MLM perlukan modal, jaringan dan paling penting masa
Hanya MLM business sahaja sibuk
mencanang satu dunia, duit mudah dapat. Tanyalah yang berniaga apa
sahaja bentuk perniagaan servis dan perkhidmatan, produk fizikal dan
macam-macam lagi di luar sana, beli kereta pun ikat perut ikat
perbelanjaan sebab mahukan bisnes maju. Tetapi lain pula, kalangan yang
sertai MLM business, baru join tidak menunggu lama untuk pergi ke
showroom “Auto Bavaria” setelah dikelilingi persekitaran dan kelompok yang telah meracuni pemikiran mereka.
“ilmu di dada tidak cukup lagi, sibuk menambah hutang. Inilah BALA MLM jikalau tidak “berhati-hati”
Anti MLM Business di Malaysia : Gambar Jutawan & Orang Kaya Elken
P/S : MLM business di Malaysia terkandas
sebab sistem pyramid. Barang yang MAHAL bukan semua orang mampu beli,
di mana barang pula perlu beli tiap-tiap bulan untuk “maintain point”.
PP/S : Duit boleh cari, TETAPI hancurkan
hidup orang Tuhan akan balas berlipat kali ganda. Jadi lebih baik cari
rezeki berniaga benda lain. Cari benda HALAL dan BERKAH.
5 ulasan:
setuju dengan admin. sekarang memeng banyak penipuan berlandaskan mlm. mohon admin dapat bongkarkan satu lagi penipuan secara terancang menggunakan nama koperasi iaitu koperasi perintis perniagaan internet malaysia atau disebut KOFAST. pengambilan deposit beramai-ramai dengan alasan sebuah koperasi berdaftar di malaysia sedangkan semakan skm, sijil skm pun takder lagi. beroperasi secara haram dan telah mengutip lebih kurang 5 juta ringgit dari orang melayu. maklumat dan info semua saya ada. mohon bantuan admin untuk war2kan kepada org lain agar tidak menjadi mangsa penipuannya yang menawarkan income bulanan sebanyak 10% selama setahun.
Apa yg dibuat oleh makcik tu mmg tak patut..kebetulan dia buat Elken sbb tu kta ckp Elken penipu. Tapi selama buat Elken ni upline sy xpernah paksa sy utk bli produk dsb..
Bila org tunjuk kereta besar, gaji besar..kta selalu ckp org tu riak dan menunjuk2 tp klu difikirkan sejak kecil kta biasa dengar kerja doktor, engineer, lawyer, arkiter dan kerja2 lain yg glemer dan byk income..itu akn menyebabkn seseorang tu bercita2 utk jd doktor dan lain2..bg sy, mrk bukan menunjuk2 tp sbg motivasi kpd org lain. Org lain pun blh miliki klu ada impian dan berusaha..kdg2 org rasa rendah diri tp bila tgk mat despatch pun blh dpt income yg byk mrk pun akan termotivasi dan cuba mengejar impian..
Sebenarnya bukan MLM jual konsep shj..mmg ada produk. Cuma org selalu ckp taknak jual produk, malas jual produk sbb tu kta cuma tukar ayat kpd jual peluang bukan produk (sbb org byk nye malas jual produk)..tp masih ada produk juga cthnya sistem RO, spirulina dsb..tanya diri sdri ada ke kedai yg kosong x ada jual barang tp dpt income setiap bulan..org skrg MALAS..semua nk senang..sbb tu je kta tukar ayat tu..
Sebenarnya kerja apa pun MLM juga..kta pekerja yg letih2 buat kerja tp bos yg makin kaya..income kta sama je setiap bulan. Tapi di Elken kta blh dapat lbh byk tak tetap setiap bulan..berbaloi dgn usaha kta..klu kat luar org yg x belajar tinggi mesti tak dpt kerja bagus dan income bagus walaupun 24 jam kerja. Tapi di elken tak pandang ijazah atau sijil..siapa yg berusaha dia akan berjaya.bukankah itu lebih berbaloi?
Makcik tak patut buat gitu. Cari org yg nak mendengar peluang, bukan memberi peluang..caca merba jadinya nanti.
Kepada pengamal mlm dan elken, integriti tu penting. Take the best from the good, make it the best of u. Tabik kpd semua yg berusaha memajukan diri dan rakan2.
Kepada some, mlm is not d way..some yg lain, mlm is the only way.
sya bru kee kna admin..kt kuantan pulak tuuu...jgn trpedaya ok dgn ayt2 mnis diorang tu..huhuhu
Persetan lah MLM semua ini. Mana ada jalan mudah nak senang. Tak payah cakap lah pasal elken dan lain lain. Kena buat pinjaman beli barang lah tarik orang beli barang lah apa lah. CUBA LAO ANDA TAK TARIK ORANG LAIN JOIN. ANDA ADA UNTUNG? KONSEP DIA SENANG JE MANGSA CARI MANGSA LAIN. ORANG ATAS TAK PAYAH BUAT KERJA, BIAR SI BODOH JE BUAT KERJA KOTOR DORANG.
Catat Ulasan