Rabu, 26 Februari 2014

MAS: Lepas nasi lemak 'telanjang', asam pedas pula dikritik

SALMIYAH HARUN 


KUALA LUMPIR: Malaysian Airline System (MAS) sekali lagi dikritik apabila menghidangkan set nasi putih asam pedas ikan tetapi dimaklumkan ikan tidak ada di dalam hidang itu.

Kritikan itu bukan datangnya daripada orang biasa tetapi juga daripada pakar masakan iaitu Chef Zam atau Zamzani Abdul Wahab.

Beliau melalui Instagramnya menyatakan kekesalan yang disifatkan ia sebagai ‘memalukan’ memandangkan kerajaan membelanjakan jutaan ringgit untuk mempromosikan Malaysia sebagai ‘syurga makanan’ namun pengalaman pertama mereka menjamah makanan Malaysia tidak mencerminkan apa yang sepatutnya.

Makanan ini dikatakan dihidangkan dalam penerbangan dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur.

Chef Zam turut menjelaskan nasi yang dihidangkan ‘lembik’ dan sayur yang cukup menyedihkan apatah lagi  tanpa hidangan pencuci mulut.

Sebulan yang lalu  Datuk Redzuwan Ismail atau Chef Wan pernah mengkritik nasi lemak yang dihidangkan kepadanya dalam penerbangan kelas ekonomi ke Bangkok sebagai ‘telanjang’ kerana tidak disertakan ikan bilis, kacang goreng dan timur, yang menurut beliau, tidak mewakili nasi lemak dan pilihan lauk yang sebenarnya.

Menjawab kritikan Chef Wan itu, MAS melalui Pengurus Operasi Penerbangannya berkata, peket ikan bilis dan kacang tidak dapat dihidangkan bersama nasi lemak ketika itu kerana terdapat kerosakan pada bahan tersebut dan timun terdapat pada penerbangan kelas pertama dan perniagaan kerana bersifat mudah rosak menyebabkan anak kapal harus menyediakannya sebelum nasi lemak dihidangkan kepada penumpang.

Prosedur itu merupakan standard biasa MAS bertujuan untuk menjaga kerbersihan dan kualiti makanan para penumpang.

Chef Wan turut menjelaskan beliau bukan  mempertikaikan rasa sajian yang dihidangkan dalam pesawat MAS itu sebaliknya mengkritik penyediaan nasi lemak berkenaan yang dilihat tidak lengkap.

“Sebagai Duta Pelancongan Malaysia, menjadi tanggungjawab saya membuat teguran. Bukan niat mencari publisiti, jauh sekali memburukkan nama MAS,” katanya.

Tiada ulasan: