Ketua
Umno bahagian Jerai Datuk Mohd Suhaimi Abdullah berkata beliau tidak
menolak kemungkinan keputusan pucuk pimpinan tidak memilihnya menjadi
calon parlimen Jerai menyebabkan wujudnya 'elemen' sabotaj oleh
penyokongnya dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.
Menurutnya, kemungkinan elemen itu, antaranya 'membalas dendam' atau menutup bilik gerakan oleh penyokongnya khususnya di kawasan kampung yang sentiasa menyokongnya selama empat tahun kebelakangan ini.
"Kalau kita kata tidak ada sabotaj itu, bohonglah. Saya juga sendiri jadi (kuih) bengkang. Di atas ada api dan di bawah ada api. Bila mana saya bertemu rakan-rakan, mungkin ada mata-mata menganggap saya berkempen untuk mensabotaj. Tapi, Insya-Allah setakat ini tidak ada.
"Saya berpesan (kepada jentera) supaya tidak ada elemen-elemen ini, kerana kita hendak memenangkan parti, bukan memenangkan calon.
"Elemen sabotaj memang ada. Tidak dapat dinafikan. Mungkin di kawasan kampung yang saya tak boleh pi (pergi) jumpa (cerita situasi sebenar)," kata Mohd Suhaimi (atas) ketika ditemui Malaysiakini semalam.
Mohd Suhaimi mengulas dakwaan pemilihan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom sebagai calon BN bagi parlimen Jerai akan menyebabkan wujudnya sabotaj dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.
Jerai mempunyai 74,583 pengundi yang terdiri daripada 79 peratus Melayu, 14% Cina, 6 peratus India dan lain-lain 0.59%.
Dalam pilihan raya 2008, calon PAS Mohd Firdaus Jaafar menang dengan majoriti 2,299 undi. Kali ini beliau sekali lagi mempertahanan kerusi itu, berdepan Jamil yang juga ketua penerangan Umno Kedah.
Bagi mengatasi elemen sabotaj itu, Mohd Suhaimi telah memberi penjelasan kepada semua 53 pengarah dan setiausaha pusat daerah mengundi (PDM) mengapa beliau tidak dicalonkan dan menenangkan penyokongnya.
"Saya (juga) kata, kita teruskan perjuangan, saya tidak berkecil hati dan gundah gulana. Hidupkan semula (bilik gerakan), jangan ada yang tutup dan saya minta mereka 'reach out' orang yang saya pi (pergi jumpa) dulu," katanya.
Berhubung pemilihan Jamil sebagai calon, Mohd Suhaimi berkata beliau melakukan "pengorbanan dengan memberi laluan" kepada beliau berdasarkan keputusan terbaik yang dibuat oleh pucuk kepimpinan parti.
"Keputusan pemilihan yang dibuat adalah (mungkin) untuk mengekalkan kabinet yang sedia ada dan dari segi pencapaian, mungkin Datuk Seri Jamil dilihat lebih baik KPI, baik peribadi, maka beliau dilantiknya.
"Kalau dia menang, dia kekal jadi menteri dan saya seronok, seorang menteri datang memimpin di parlimen Jerai ini," katanya sambil menambah Jamil adalah anak tempatan dan mempunyai ramai rakan di situ.
Ditanya penilaiannya tentang sokongan kepada BN Jerai, Mohd Suhaimi berkata sokongan kini mencecah 60 peratus berdasarkan kepada program transformasi yang dijalankan seperti pemberian bantuan Bantuan 1 Malaysia dan sokongan khususnya belia PAS di kawasan itu.
Ditambah pula dengan Jamil sebagai calon yang dikenali serta 'pepecahan' akar umbi PAS di DUN Sungai Limau yang tidak bersetuju dengan penyandangnya Datuk Seri Azizan Abdul Razak, menyebabkan berlakunya undi berpecah.
"Saya lihat calon Bebas (daripada PAS) ada pengikutnya," kata Mohd Suhaimi yang juga penyelaras BN parlimen Jerai.
DUN Sungai Limau merupakan kerusi tumpuan apabila Azizan bertemu sepupunya Mohd Fazillah Mohd Ali dan dua lagi calon Bebas. Pada 2008, Azizan menang dengan majoriti 3,212 undi.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan