Setengah pendapat sekarang ini
Parlimen sepatutnya telah terbubar jika di kira dari tarikh pembubaran Parlimen
dan Dewan-Dewan Legislatif negeri-negeri pada 8hb Mac 2008 dahulu. Setengah pendapat
lagi Parlimen dan Dewan Legislatif sesebuah negeri itu terbubar dengan
sendirinya jika di kira dari tarikh persidangan Dewan Legislatif yang pertama
selepas pilihanraya tahun itu..
Kalau di kira dari sudut mana pun
Perdana Menteri sudah kehilangan moral politik beliau kerana beliau selama ini bukanlah
seorang Perdana Menteri yang ‘legitimate’ kerana mandat yang beliau arak ke
hulu ke hilir sekarang ini adalah mandat Tun Abdullah Badawi.
Semalam Najib meminta rakyat
memberikan beliau mandat yang besar kerana beliau belum lagi mendapat mandat
itu. Katanya jika beliau dan BN tidak dapat mandat besar lebih-lebih lagi jika
BN kalah dalam pilihanraya ini segala perancangan beliau untuk mentransformasi
kerajaan dan negara akan terganggu dan punah. Jika itulah yang dipinta Najib,
kita boleh membuat persepsi yang ‘conclusive’ yang beliau akan kempunan untuk
mendapatkan mandat itu, jauh sekali untuk mendapatkan mandat yang besar.
Rayuan beliau itu memberikan
bayangan jelas yang beliau selama ini tidak memanggil pilihanraya lebih awal
ialah kerana takut kepada kekalahan. Najib tersalah langkah dari awal lagi.
Oleh kerana beliau menangguhkan pilihanraya itu sampai ke penghujung penggal
maka isu terhadap kerajaan dan terhadap beliau sendiri bertambah-tambah dan
bercambah-cambah sehinggkan beliau sudah tidak ada apa lagi alasan untuk
menyakinkan rakyat yang beliau dan UMNO itu masih relevan.
Penangguhan pilihanraya ini telah
menyebabkan beliau tertekan dari rakyat yang mahukan perubahan dan yang lebih
menyakitkan beliau lagi ialah tekanan terhadap beliau oleh pimpinan dan ahli-ahli
UMNO sendiri. Adalah wajar bagi Najib untuk memandang ke dalam dari memandang
jauh keluar dan menganyang parti-parti pembangkang di setiap ucapan beliau
setiap hari. Najib sebenarnya mempunyai banyak masalah di dalam partinya
sendiri.
Najib ibarat panglima perang yang
besar dalam mana kumpulan dan kabilah beliau adalah kabilah yang terlalu
berpecah dan mempunyai masalah dalamannya sendiri. Beliau adalah panglima
perang yang tidak mendapat dukungan dari kumpulannya sendiri. Bukan kurang jumlah
dari bala tenteranya yang mahukan beliau terkorban dan banyak bukti-bukti yang
ramai di antara tentera beliau yang beliau pimpin akan mengacukan senjata
terhadap beliau dari belakang apabila sampai waktunya.
Masalah besar UMNO akan bermula
pada hari pengumuman calon dan selepas masing-masing calon mendapat surat watikah untuk
bertanding mewakili UMNO itu. Sabotaj mensabotaj calon parti sendiri akan
menjadi lebih hebat sekali dan saya melihatnya sebagai satu fenomena besar
dalam UMNO semasa pilihanraya nanti.
Seruan Najib meminta beliau di
berikan mandat besar itu merupakan satu mimpi di siang hari kerana penangguhan
pilihanraya kali ini adalah penyebab kenapa rakyat sudah kehilangan keyakinan
yang lebih teruk lagi. Penangguhan itu memberi makna UMNO takut menghadapi
pilihanraya dan ketakutan itu membuatkan rakyat ramai tidak berkeyakinan lagi
terhadap parti itu. Rakyat tidak akan memberikan mandat kepada kepimpinan dan
parti yang takut menghadapi pilihanraya. Apabila sesebuah parti tidak mempunyai
‘self confidence’ ia bermakna parti itu tidak akan berani membuat keputusan
dengan baik dalam isu penting yang lain.
Perasaan takut yang menghantui
UMNO inilah yang menyebabkan kepimpinan parti itu terpaksa bermuka-muka apabila
menghadapi rakyat yang berbilang kaum. Pimpinan UMNO tidak berani bercakap
dengan tegas terhadap banyak isu. Itulah sebabnya kita melihat dan mendengar
pimpinan UMNO terpaksa menggunakan isu perkauman yang menebal akhir-akhir ini.
Nampaknya kali ini UMNO hanya
menumpukan harapan mereka kepada orang Melayu sahaja yang juga sedang lari
kepada PAS. DAP sudah sememangnya mendapat sokongan kaum Cina dan akhir-akhir
ini saya mendapat banyak respons dari orang Melayu untuk memberikan dukungan
kepada DAP dan itu adalah juga satu fenomena yang jelas.
Pendeknya apa yang di hadapi oleh
UMNO itu sekarang ini amat serius dan
yang tinggal hanyalah sokongan dari penggiat tegar UMNO yang tidak tahu
apa-apa. Mereka sekarang sedang membina budaya samseng dan mengganggu banyak program
parti-parti Pakatan Rakyat di seluruh negara.
Terbina nya budaya samseng yang
bertindak kasar dan tidak bertamadun itu tidak dapat menafikan hakikat UMNO semakin
hari semakin hilang identitinya sebagai sebuah parti pemerintah. Inilah budaya
mana-mana parti pemerintah yang akan kalah dan budaya buruk ini sememangnya
satu ‘attribute’ bagi pemerintahan yang berada di penghujung kuasa.
Apa yang di rayu oleh Najib
semalam adalah manifestasi kepimpinan UMNO yang sebenarnya. Mereka dalam
ketakutan yang keterlaluan. Apabila sudah lemah dan menghadapi krisis keyakinan
dikalangan ahli-ahli parti sendiri, maka ia adalah tanda-tanda jelas yang usia
UMNO sebagai parti pemerintah itu sudah semakin hampir.
Seperti seorang yang nazak di
hospital, UMNO sedang menghadapi ‘brain death’ dan pembubaran Parlimen itu
ibarat mencabut mesin tali hayat dari pesakit yang tidak dapat di selamatkan
lagi.
Najib sedang berhadapan dengan
pembangkang yang kuat di hadapannya. Di belakangnya pula beliau berhadapan
dengan ahli-ahli UMNO beliau sendiri yang menunggu masa untuk mengenepikan
beliau.
Najib dalam keadaan serba-salah
yang amat susah untuk beliau selesaikan. Hanya rakyat dengan keizinan Tuhan
sahaja mampu menyelesaikannya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan