Wartawan Buletin
Datuk Bandar Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, Dato' Azlan Dagang, telah beberapa kali mengeluarkan kenyataan, Taman yang menyediakan pelbagai kemudahan rekreasi dan sebuah restoran itu akan dibuka dalam masa terdekat.
Kali terakhir, pada 28 September, 2012, beliau berkata kemudahan dan 'kafe' Taman Panorama itu akan dibuka, bermula tahun 2013, sempena Tahun Melawat Negeri Terengganu (TMT 2013).
Namun begitu, tinjauan yang dibuat pada 1 Mac baru-baru ini, bukan sahaja Taman tersebut masih ditutup bahkan keadaannya terbiar, kotor dan tidak terurus.
Menurut pengawal keselamatan yang ditemui, tidak ada pekerja yang menjaga dan memastikan kemudahan jutaan ringgit tersebut dijagai dan berada dalam keadaan yang baik.
Bahkan, yang membimbangkan, jalan di selekoh terakhir menuju ke puncak bukit tersebut didapati retak dan menunggu masa untuk runtuh sekiranya tidak diselenggarakan segera.
"dia nak buka restoran........... (tapi) bila nak buka tak tahu, (sekarang hanya) jadi tempat (orang) joging je lah........... tak rasmi lagi, jalan di atas (bukit) kat 'corner' (selekoh) tu yang retak (rebih) tu, (berlaku) masa musim hujan (tengkujuh) baru ni (bulan Disember)...............dulu tak,
"orang kaji bumi tengok dah............dia mari tengok dah, (tapi) tak tahu.......senyap begitu sahaja,"ujarnya yang tidak mahu dikenali.
Sehubungan itu, orang ramai yang tinggal di kawasan sekitar dan kaki bukit tersebut menggesa kerajaan mengambil tindakan segera bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingin berlaku.
Seorang penduduk dari Taman Cerong Lanjut, Cheong Wei Ah, 57, ketika ditemui berkata, beliau dan rakan-rakannya pernah menegur kerajaan supaya tidak membangunkan sebarang pembinaan di bukit tersebut.
"bukit ini cerunnya terlalu curam, ia tidak sesuai untuk didirikan sebarang bangunan, cukuplah kekalkan sebagai tempat rekreasi tidak perlu bangunan.........untuk penduduk Kuala Terengganu boleh berjalan kaki atau berjoging naik atas.......... tak perlu ada bangunan,"katanya.
Namun kata beliau, teguran dan pandangan bahkan bantahan tersebut, tidak diambil peduli oleh pihak berkuasa tempatan, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT).
Sekarang, baru tidak sampai dua tahun siap dibina, beliau berkata, jalan di selekoh akhir di lereng bukit itu sudah retak dan membimbangkan penduduk sekitar.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan