MSO
Peperangan sebenar di Lahad Datu, Sabah sudah bermula secara
rasmi jam 7:00 pagi ini apabila ATM dan PDRM telah melancarkan Strategi
Nasional Laut Biru (operasi perang) dengan menggempor kampung Tandou
yang dijadikan perkampungan oleh para penceroboh sejak lebih dua minggu
lalu.
Serangan dimulakan dengan jet penggempur Sukhoi S18 menggugurkan bom di
kampung berkenaan kemudian diikuti dengan tembakan mortar dari darat.
Dengan terasminya serangan itu ertinya tempoh rundingan dan tawar
menawar telah berakhir. Penyelesaian kemelut perang itu secara damai
tidak ada hayat lagi.
Apa yang kita dapat lakukan kini tunggu hasil serangan itu. Apakah ia
akan lumat hanya sekali serangan sahaja ataupun akan berterusan beberapa
hari lagi. Kita mengharapkan kemelut dan perang itu akan berakhir
dengan sekali serangan sahaja.
Penceroboh akan lekas menyerah diri dan mengaku
kalah. Kita dan sesiapa pun tdak mahu memperpanjangkan keadaan kritikal
itu. Kita tidak mahu bunuh membunuh di antara satu sama lain.
Di samping menunggu hasil serangan itu kita juga menunggu satu
perkembangan lain di mana perkembangan ini memerlukan kebijaksanaan dan
kekuatan mental kita untuk menerima ulasan dan komenter dari
negara-negara luar. Komentar ini adalah perang psikologi yang panjang.
Perlu diingat bangsa Sulu tidak bersendirian dalam membuat tindakan itu.
Sebagai bangsa yang sudah lama berperang dan menyusun strategi untuk
mendapatkan haknya, mereka tentu bersiap sedia bukan saja dari segi
logistik peperangan tetapi juga bersedia dalam saraf-saraf atau tektik
dan strategi peperangan lain. Sokongan luar sudah pasti dipinta dan
ditagih simpati.
Tanpa memberi tahu mereka berlindung dan bakal mendapat simpati dari
mana-mana kuasa besar, ia pasti wujud. Inilah satu permulaan baru yang
terpaksa negara kita hadapi; ulasan dari komentar dari negara luar.
Situasi sebgini biasa dan berlaku dengan sendirinya. Kita juga akan
turut memberi ulasan dan padangan ke atas mana-mana peperangan hatta
kita tidak mengetahui kronologinya. Nah begitu juga dengan dunia lain ke
atas kita. Sejarah kita perlu cipta tetapi kelurusan sejarah juga
penting sebab ia dilihat sepanjang zaman.
Kalau komenter itu berpihak kepada kita Alhamdulilah, tetapi
kalau sebaliknya, di sinilah ia memberi masalah dan perang psikolgi baru
kepada kita. Kita harus bersiap sedia dari semua segi. Kita belum
pernah menerima kecaman dunia atas apa-apa kehilafan kita. Kita juga
belum pernah berjuang dan beperang dengan orang luar. Kita diterima
sebagai negara berbilang kaum yang harmonis. Ini adalah pertama kali.
Sebelum ini kita hanya menghadapi ancaman dalaman seperti komunis,
samseng ataupun kumpulan-kumpulan pengganas berbentuk puak sahaja.
Berbeza kali ini kita berhadapan dengan rakyat asing, rakyat Filipina.
Ertinya peperangan kita ini adalah peperangan dengan 'dunia'. Secara
umumnya kita berperang dengan Filipina.
Kita tidak boleh menyekat atau menghalang komentar dan kritik negara
asing atau badan-badan kemanusiaan lain ke atas apa yang berlaku. Badan
pemantau perang sudah pasti tidak mendiamkan diri. Mereka akan membuat
siasatan dan analisa kemudian meledakkan kepada dunia. Mereka semua ada
pandangan dan persepktif tersendiri. Tidak semestinya apa yang kita
rasa patut dan wajar dilakukan relevan untuk mereka. Tidak mustahil juga
peperangan hari ini akan terhimbau hingga ke United Nation (PBB).
Kerana itu mereka akan meluahkan apa saja. Kecaman demi kecaman sudah
tidak dapat dielakkan. Yang pastinya Perdana Menteri, Menteri Pertahanan
dan lain-lain pihak harus bersiap siaga menghadapi kemungkinan serangan
psikologis dunia. Semua itu hendak didengar umpama angin masuk telinga
kiri dan biarkan ia keluar telinga kanan.Semua kena tebalkan telinga.
Namun yang mungkin rumit ialah untuk menjawab dan menjustifikasikan
kepada mereka yang memahami sejarah dan susur galur kenapa bangsa Sulu
menjadi 'histeria' untuk menceroboh Lahad Datu atau Sabah. Kita perlu
menjelas persoalan mereka juga bukan saja dari sudut hak asasi kita
tetapi dari sudut-sudut lain kemanusiaan dan sejarah.
Justeru jawaban dan penjelasan biarlah tepat dan meyakinkan. Kita tidak
mahu kerana kesilapan kita dalam memberi justifikasi terhadap serangan
balas ini akan mengundangkan masalah baru kepada kita, iaitu cemuhan
dunia luar. Sesebuah negara sangat mengelakkan daripada mendapat kecaman
dunia luar kerana ia memberi implikasi buruk.
Paling malang kalau peperangan ini berpanjangan ia boleh membuka ruang
kepada kuasa asing yang kesekian lama terliur dengan persekitaran di
lautan Sulu yang kaya dengan khazanah alam, menyebabkan mereka akan
campur tangan. Mungkin campur tangan itu tidak wajar, dan tidak patut,
tetapi kita kena faham dalam era peperangan yang tidak wajar pun akan
jadi wajar. Peperangan berlaku kerana tekanan, penindasan atau kerana
untuk mempertahankan hak, dan di sekitar peperangan sering ada oportunis
yang zalim.
Penjelasan nanti hendaknya dibuat dengan telus dan menyakinkan dan ia
tidak akan membuka ruang untuk kuasa besar turut campur tangan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan