Isnin, 18 Mac 2013

Sekolah Tamil : Sekarang Dapat Sumbangan RM 2.66 Juta, Zaman BN Susah Dapat


sekolah tamil sumbangan mb halimah 02

SHAH ALAM: Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) di Selangor terharu dengan keprihatinan Kerajaan Negeri terhadap sekolah-sekolah Tamil di seluruh Selangor.

Menurut wakil PIBG tersebut, Kerajaan Negeri Umno-BN sebelum ini, samada tidak pernah atau amat jarang memberi bantuan kepada sekolah-sekolah mereka.

Keadaan tersebut berbeza dengan pentadbiran Pakatan Rakyat Selangor sekarang yang menghulurkan bantuan setiap tahun semenjak mula mentadbir negeri.

Di bawah dasar membantu sekolah rakyat, Kerajaan Selangor memperuntukkan RM 4 juta setiap tahun untuk sekolah Tamil
sekolah tamil sumbangan mac 16 02
“Dahulu tak pernah dapat sumbangan, sekarang tiap-tiap tahun dapat dan kami dapat manfaatkan untuk keselesaan pelajar dan guru-guru seperti menambah kemudahan yang lebih baik,” kata Yang Dipertua PIBG SJKT Sungai Sedu, R. Gunasegaran.

“Ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri, saya berterima kasih banyak-banyak kepada Kerajaan Negeri, khususnya kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim,” kata Gunasegaran.

SJKT Sungai Sedu menerima sumbangan sebanyak RM 40,000 dari Kerajaan Negeri yang disampaikan oleh Abdul Khalid dalam Majlis Penyampaian Bantuan ke Sekolah-sekolah Tamil Selangor malam tadi.

Sementara itu Ahli Jawatankuasa PIBG SJKT Jugra, Kuala Langat, Vasu Muniandy pula berkata sebelum 2008, sekolah SJKT di Selangor kurang diberi perhatian oleh Kerajaan Negeri.

“Dahulu susah nak dapat bantuan Kerajaan Negeri, kena mohon banyak kali baru boleh dapat. Itu pun sedikit sahaja kurang RM 10 ribu, tetapi sekarang tiap-tiap tahun dapat dan jumlahnya pun banyak.

“Dengan sumbangan sebanyak RM 85,000 ini kami dapat gunakan untuk membina makmal komputer untuk pembelajaran lebih baik untuk murid dan guru,” kata Vasu.

sekolah tamil sumbangan mac 16 03

Manakala YDP PIBG SJKT Sungai Renggam, Chandra Segaran, disamping berterima kasih kepada Kerajaan Negeri beliau memberitahu sumbangan tersebut amat memberi makna kepada pelajar, ibu bapa dan guru-guru SJKT Sungai Renggam.

“Keadaan sekolah kami di bawah kerajaan sekarang sudah banyak berubah dan ini menunjukkan keprihatinan Kerajaan Negeri sekarang.

“Tidak macam dahulu. Terima kasih tidak terhingga kepada Kerajaan Negeri,” ujar Chandra selepas menerima bantuan sebanyak RM 50,000 bagi pihak sekolahnya.

Dalam majlis tersebut sebanyak 84 buah sekolah seluruh Selangor menerima sumbangan dari Kerajaan Negeri dengan nilai keseluruhan sebanyak RM 2,665,000.

Sekolah-sekolah tersebut menerima jumlah sumbangan berbeza-beza dari RM 10,000 hingga RM 85,000 mengikut keperluan sekolah masing-masing.
sekolah tamil sumbangan mac 16 01
Majlis yang dihadiri kira-kira lebih 500 hadirin itu turut disertai Exxco Kerajaan Negeri, Dr Halimah Ali, Dr Xavier Kumar, Dr Yaakob Sapari dan Ronnie Liu.

Selain itu beberapa Ahli Parlimen dan Adun Pakatan Rakyat lain turut kelihatan dalam majlis yang diserikan dengan tarian kebudayaan India itu.

Tiada ulasan: