Harakahdaily, |
KUALA LUMPUR:
Lajnah Penerangan dan Dakwah PAS Pusat dengan kerjasama Jabatan IT PAS
Pusat (JITP) membangunkan satu laman web PRU13 untuk menyebarkan
maklumat-maklumat berkaitan dengan PAS bagi Pilihanraya Umum ke-13
melalui capaian http://pru13.pas.org.my
Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, laman PRU13 ini akan diisi dengan maklumat-maklumat seperti biodata calon-calon Dun dan Parlimen yang PAS bertanding serta berita-berita dan aktiviti pilihanraya yang berkaitan yang dihubungkan dengan laman web induk, PAS yang boleh dicapai melalui http://www.pas.org.my
Katanya, selain daripada perkhidmatan-perkhidmatan media baru yang telah sedia ada sebelum ini seperti webtv, facebook dan twitter, mulai 16 Mac juga Lajnah Penerangan PAS Pusat dan Jabatan IT PAS Pusat menerusi Urusetia Media Baru (UMB) telah memulakan perkhidmatan radio internet di bawah jenama Hijau.fm dengan menyiarkan liputan Xpresi Ulama Muda dari Gunung Semanggol.
”Radio hijau.fm ini boleh dilayari menerusi http://www.hijau.fm akan beroperasi 24 jam sehari untuk menyampaikan maklumat-maklumat khususnya berkaitan dengan PAS dan Pakatan Rakyat serta program-program dan aktiviti-aktiviti pilihanraya setelah parlimen dibubarkan,” ujarnya.
Menurutnya, mulai 16 Mac laman utama PAS versi2 juga dipertingkatkan dari menggunakan aplikasi Joomla 1.5 kepada Joomla 2.5 dengan design baru yang lebih segar untuk menyebarkan maklumat-maklumat parti dan kenyataan-kenyataan rasmi sebagai rujukan semua pihak yang berminat.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan